Operasi Bersih Pasca Banjir; Kerahan Tenaga Seramai Mungkin

766

KUALA TERENGGANU – berdasarkan suasana cuaca mulai cerah pada Jumaat dan banjir mulai surut, Mesyuarat Khas Bilik Gerakan Pemuda dan Jabatan Amal memutuskan akan menganjurkan Operasi Pembersihan Pasca Banjir, gelombang yang pertama.

Menurut Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nasir Razak, gerak kerja tersebut bermula pada jam 9.30 pagi, Sabtu, 22 November, sehingga jam 6.00 petang.

Oleh itu, semua pemuda adalah dikerah beramai-ramai untuk menjayaan operasi tersebut.

“Ayuh………..semua pemuda diminta hadir beramai-ramai, lapor diri di Bilik Gerakan Banjir (Dewan Undangan Negeri) DUN Tepoh, Taman Desa Solehah, (Kampung) Padang Air.

“(semua peserta dikehendaki pakai) pakaian baju (warna) Merah (dan) mana-mana yang mampu sila bawa bersama peralatan mencuci,”ujarnya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata arahan tugasan dan lokasi dimana akan bertugas akan diberikan setelah semua peserta melaporkan diri di tempat yang telah ditetapkan.

Katanya, mana-mana ‘sukarelawan’ yang berminat turut dijemput untuk bersama-sama menlaksanakan amal kebajikan membantu penduduk yang telah dilanda banjir dua hari yang lalu.

Seramai hampir 5,000 orang telah dipindahkan pada hari Khamis kepada 38 pusat pemindahan banjir di seluruh negeri Terengganu, ekoran banjir yang melanda akibat hujan lebat yang berterusan.

Kawasan yang paling terjejas adalah DUN Tepoh dalam Parlimen Kuala Nerus, yang disifatkan sebagai banjir teruruk sejak tahun 2008.