Usaha yang dilakukan oleh anak-anak muda Kampung Rusila, mengambil tindakan perlu, bagi membantu perjalanan pilihanraya umum ke-12, tidaklah sia-sia.
Walaupun musuh PAS, Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba meraih ‘publisiti murahan’ dengan melemparkan pelbagai label negatif, namun ternyata, mahkamah membuktikan sebalikya.
Bagi salah seorang ‘Orang Kena Tuduh’ (OKT) ketika kejadian yang berlaku pada tahun 2008 itu, kesabaran dan berkat doa ahli-ahli dan penyokong PAS telah memberikan kekuatan, dan akhirnya diberikan kemennagab oleh Allah SWT.
“Alhamdulillah bersyukur kepada ilahi kerana berkat doa dan kesabaran………selama 6 tahun kami semua diberi kemenangan, Alhamdulillah,”ujar Ahmad Syami Mohd Nor.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di mahkamah rayuan Putrajaya, selepas hakim memutuskan untuk membebaskan beliau dan rakan-rakannya.
Kes menghalang pengundi yang meragukan dari membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rusila pada PRU 12, telah di’momokkan’ oleh media pro Umno dan BN sebagai kejadian rusuhan, dalam usaha parti itu memberikan persepsi negatif kepada PAS.
Namun keputusan mahkamah rayuan membatalkan segala sabitan keatas kes tersebut kelmarin 30 September, menolak tohmahan musuh PAS itu.
Seorang lagi OKT, Mohd Imaluddin Aziz mengucapkan syukur kepada Allah dan menyifatkan keputusan itu membersihkan dirinya dari segala tuduhan.
“selaku salah seorang daripada yang tertuduh kes di Rusila, sekarang saya bersyukur kepada Allah taala kerana memberi keputusan yang baik kepada saya,
“dan saya sangat-sangat bersyukur kerana dengan keputusan yang saya dapat pada hari ini (dan) selama 6 tahun 7 bulan saya tunggu,
“(ber)makna akhirnya keputusan dia (itu) menolak kes keatas saya, serta tuduhan keatas saya,”jelasnya.










