Air melimpah dan membanjiri sebahagian kampung tersebut, telah menyebabkan lebih 10 buah rumah ditenggelami air.
Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaludin, bergegas ke Kampung Sungai Halt bagi melihat keadaan penduduk di sana.
Walaupun belum menjadi ahli parlimen, beliau telah mengambil tanggungjawab melawat mangsa-mangsa yang ditimpa bencana alam itu.
Turut sama membantu adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo’lo’ Mohd Ghazali yang mencadangkan supaya didirikan khemah sementara bagi penempatan mereka.
Dato’ Seri Nizar meminta kerjasama kepada semua mangsa supaya memastikan kad pengenalan mereka selamat disisi masing-masing.
”Saya minta kerjasama kepada semua penghuni rumah yang telah ditenggelami air agar berpindah sementara buat malam ini,
”kita akan dirikan khemah untuk berehat dan tidur, makanan juga akan disediakan,
”yang penting kad pengenalan, sekiranya masih tinggal dirumah harap dapat diambil dan jaga keselamatan kerana ia penting untuk keluar mengundi pada esok hari,”katanya dalam ucapan ringkas beliau.