Oleh : NHA
KUALA NERUS – Nisa Terengganu mensasarkan sumbangan lebih RM 20 ribu untuk di bawa ke kem pelarian Syria di Jordan bagi membantu wanita dan kanak-kanak di sana.


“Alhamdulillah, hari ini secara rasminya Kempen NCBB ini telah dilancarkan di peringkat negeri dan akan dilaksanakan di seluruh Terengganu dalam masa 2 minggu ini,
“Nisa’ fokus kepada kebajikan wanita dan kanak-kanak, serta dana pendidikan buat umat Islam di sana. Mereka sekarang memerlukan bantuan bagi menghadapi musim sejuk. Antara kelengkapan yang kami fokus adalah pakaian seperti kot dan sarung tangan,”ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran kempen Nisa’ Charity Beyond Boundaries (NCBB) di sebuah Pasaraya Besar di Gong Badak dekat sini, pada Jumaat, 8 Januari.


Menurutnya, kempen tersebut adalah program kerjasama NGO antara Nisa’ bersama Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu (YAMCT).
Sehubungan itu, beliau kesyukuran di atas kejayaan majlis pelancaran tersebut, dan merakamkan sejuta penghargaan kepada Pasaraya Besar Mydin yang banyak memberi kerjasama.
“Saya juga menghargai sumbangan para dermawan yang sentiasa membantu menjayakan projek kebajikan kami. Kami doakan kemurahan rezeki kepada mereka.
“Tahniah juga kepada para ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan kempen ini. Mereka adalah yang terbaik,”jelas Maryam.
Ktanya, sumbangan untuk Dana Syria masih lagi di buka dan boleh disalurkan ke dalam akaun Maybank Baitul Nisa Terengganu 563019242377. Sebarang persoalan juga boleh hubungi Setiausaha Nisa Terengganu, Cik Nadwa Hussain di talian 013-9446654.




























