NGO IT Prihatin sokongan Usahawan ICT Tempatan, Gesa Malaysia tolak TPPA

1617

Oleh : Shuhaimi Embong

Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) Malaysia menyokong tindakan mengadakan bantahan terhadap Perjanjian perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 23hb Januari ini sebagai unjuk rasa rakyat sebelum kerajaan mendatangani perjanjian TPPA secara rasmi.

Lebih 100 orang ahli NGO Jaringan IT Prihatin (JITP) akan bersama NGO lain akan turun pada Sabtu ini.

NGO JITP berharap gabungan usahawan ICT dibawah MTEM turut serta turun padang menyatakan bantahan TPPA ini jika tidak bersetuju dan bersama menggesa kerajaan tidak menandatangani menandatangani TPPA atas beberapa sebab berikut, diantaranya:

1) Perkembangan e-commerce boleh merudum teruk dalam jangkamasa panjang,
2) Rejim baru berdaftar menguasai liabiliti ISP,
3) Duti Kastam atas Produk Digital,
4) Perlindungan atau galakan produk digital tempatan, dan
5) Penguatkuasaan Jenayah Harta Intelek

Asas kepada sokongan Pertubuhan JITP Malaysia terhadap bantahan TPPA ini adalah merupakan hasrat Gabungan NGO usahawan ICT yang bernaung di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) yang telah menyimpulkan bahawa TPPA tidak memberi manfaat kepada industri ICT yang masih baru di negara ini.

Gabungan tersebut telah memohon Malaysia menarik diri daripada mengganggotai TPPA sejak bulan Julai, 2013 lagi

Gabungan NGO Usahawan ICT di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menjelaskan, industri ICT yang masih baru di negara ini dan tidak yakin dengan kemampuan syarikat-syarikat ICT tempatan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi luar .

***Shuhaimi Embong Adalah Pengerusi JITP