NGO Dinamik Terokai Peluang Kursus di TTITC

110

HULU TERENGGANU – Pertubuhan Kebajikan Wanita Dinamik Terengganu(DINAMIK) meneroka peluang kursus di Terengganu Timber Industries Training Center (TTITC) untuk disebar luas kepada masyarakat dalam komuniti.

Pengerusi DINAMIK, Rohani Ramli berharap agar peserta dapat menyampaikan semua input yang diterima kepada masyarakat secara efektif.

“Ini diharapkan akan membantu dalam memberi manfaat kepada komuniti dalam memanfaatkan peluang pendidikan dan kemahiran yang ada di TTITC,” ujarnya.

Beliau yang berkata ketika di temui di program tersebut yang diadakan di kampus TTITC di Kampung Teris, di sini pada Selasa, 10 Januari.

Bengkel anjuran NGO di bawah Muslimat PAS Negeri Terengganu itu, melibatkan 20 orang peserta, wakil-wakil dari pelbagai kawasan, merangkumi Besut hingga Kemaman.

Sementara itu, Pengurus TTITC, Noraini Nordin berkata pelbagai kursus kemahiran berasaskan kayu disediakan di pusat tersebut.

“Selain itu, TTITC juga menawarkan kursus jangka pendek serta perkhidmatan tempahan perabut dan kerja kayu.

“Pelajar juga berpeluang untuk membuat pinjaman melalui Yayasan Terengganu,” terangnya.