Beliau berkata orang-orang Cina membuat perubahan dalam pilihanraya umum kali ke-13 baru-baru ini kerana mereka memiliki maklumat hasil dari pembacaan pelbagai bahan, berbanding orang-orang Melayu yang hanya bergantung kepada televisyen sahaja.
“Orang Cina buat perubahan pun (sebab) dia baca (maklumat)……..dia baca manifesto (tapi) orang melayu tengok TV……..telenggok (macam orang) bodoh………boleh duit cukup lah,”ujarnya ketika mengulas keputusan pilihanraya tersebut, ketika ditemui skuad Buletinonline baru-baru ini.
Menurutnya, orang tua-tua terus mengundi Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan kerana mementingkan parti mana yang lebih baik untuk mentadbir negeri dan negara tetapi kerana fahaman ‘mudah cari makan’ yang ditanam dalam peikiran mereka.
Beliau mendakwa, Barisan Nasional mempunyai kewangan yang banyak kerana mendapat sokongan dari ‘tauke-tauke’ dari industri minuman keras dan syarikat perjudian.
“Orang tua-tua undi umno sebab (pada pemikiran mereka) mudah cari makan, bukan (mengundi parti yag lebih baik) nak jaga negeri, Umno ni duit banyok..tauke judi pun undi Umno……..tauke arak pun sokong umno……….. (sebab tu) duit banyak,”katanya. [Lihat Video]
Oleh itu, menurutnya, Malaysia bakal menghadapi bahaya apabila pemimpin yang dikuasai oleh kebendaan dan kekayaan.
Justeru katanya, tidak hairan pada suatu hari nanti, golongan yang cerdik dan pandai tidak lagi mempunyai peluang untuk menjadi calon dan menang dalam pilihanraya kerana mereka tidak memilki kewangan dan kekayaan.
“satu masa nanti orang cerdik tak boleh jadi calon (tak boleh menang) kerana tiada duit……..yang jadi calon (dan yangmenang) hok samseng, bodo (yang tidak cerdik)………(keadaan) ini (adalah) bahaya (yang) akan menimpa malaysia di masa akan datang,”tambahnya





























