NATO Akan ‘Gantung’ Kerjasama dengan Rusia

869

Pertubuhan Perjanjian Altantik Utara (NATO) telah mengumumkan akan mengkaji semula sepenuhnya operasi bersama dengan Rusia dalam usaha cubaan memberi tekanan kepada Moscow yang menyokong Ukraine.

Setiausaha Agung NATO Anders Fogh Rasmussen berkata ia akan “memperhebatkan” penglibatannya dengan Ukraine dan mengumumkan pada Rabu 5 Mac, bahawa perikatan tentera itu telah menggantung misi bersama dengan Rusia yang melibatkan pemusnahan senjata kimia Syria.

“Kremlin telah mengisytiharkan perang bukan hanya pada Ukraine, bukan hanya pada Crimea tetapi seluruh dunia. Semakin banyak waktu yang kita hilang, lebih banyak kita perlu hilang,”kata Bekas Perdana Menteri Ukraine Geografi Tymoshenko.

Al-Jazeera melaporkan, pengumuman NATO dibuat selepas pertemuan antara diplomat dari Eropah dan Amerika Syarikat dengan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov gagal.

Sebelum itu, peremuan antara Sergey Lavrov dengan rakan sejawatannya dari Ukraine Andrey Deshchitsia juga gagal membuahkan sebarang hasil.

Bercakap dari Brussels, Rasmussen berkata Rusia “terus melanggar” kedaulatan Ukraine dan keutuhan negara itu, dan telah memaparkan “implikasi yang serius tentang keselamatan dan kestabilan” di rantau tersebut.

Di Paris, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, dan beberapa menteri luar bertemu Lavrov untuk cuba meengurangkan ketegangan di timur Ukraine.

Kerry berkata beliau akan bertemu Lavrov di Rom pada hari Khamis untuk meneruskan perbincangan mengenai bagaimana untuk mengurangkan ketegangan di rantau Crimea, Ukraine, di mana pasukan tentera pro-Rusia telah mengambil alih kawalan banyak infrastruktur di rantau itu.

Russia-troops-Crimea-ukrain“Kami tidak boleh, dan tidak akan membenarkan integriti kedaulatan negara Ukraine digugat,” katanya.

[Gambar – pasukan tentera pro-Russia masuk dan mengambil alih banyak kepentingan di Crimea]

Lavrov berkata pemergiannya itu bukan bererti berakhirnya usaha-usaha untuk menyelesaikan krisis semasa.

“Kami bersetuju untuk meneruskan perbincangan mereka pada hari-hari akan datang untuk melihat cara terbaik kita boleh membantu menstabilkan, dan mengembali keadaan ‘normal’ dan mengatasi krisis ini,” katanya.