Nak Sukarelawan Bersih Rumah, Daripada Terima RM10K

79

DUNGUN – Kegembiraan seorang warga emas tidak dapat digambarkan perasaannya apabila beliau berkata, “kalau diberi pilihan samada RM10k atau nak sukarelawan bersih rumah, saya nak orang mari bersih rumah lagi”.

Tengku Ibrahim Tengku Jaafar, 67, berkata demikian apabila sepasukan sukarelawan KHIDMAT Malaysia Dungun datang membantu membersihkan rumahnya yang dipenuhi lumpur, akibat banjir minggu lalu.

Beliau sangat teruja melihat kerja gotong royong anggota daripada Jabatan Amal Malaysia(JAM) Dungun, Kelab Permotoran PAS, Alternatif Riding Club (ARC), Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT), Pemuda, Muslimat dan Ameerah, membersihkan rumah penduduk.

“Memang ini bah yang paling teruk, arus air laju dan air naik dengan cepat, memang hanya tinggal sehelai sepinggang,” katanya yang menambah, seluruh rumahnya ditenggelami dan hanya atap bahagian rumah paling tinggi yang tidak dinaiki air.

Tengku Ibrahim mengucapkan terima kasih atas kerja sukarela yang bertungkus lumus membuang lumpur tebal sehingga ke pergelangan kaki, memenuhi setiap ruang di dalam rumahnya.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda PAS DUN Bukit Besi, Muhamad Hanif Safwan Mansor berkata, sebanyak 60 buah rumah telah ditenggelami air dan lumpur sehingga paras lutut di Kampung Syukur.

“sebesar mana ujian menimpa tetapi berkat gotong royong, dengan kehadiran sukarelawan dan agensi-agensi kerajaan menjadikan orang kampung tersenyum lega kerana keadaan.

“Walaupun ketiadaan air, JAM berusaha keras pengepam air daripada kawasan tali air berdekatan,” ujarnya yang meluahkan rasa terimakasihnya diatas kehadiran ramai sukarelawan, ” katanya, ketika ditemui di kampung tersebut, semalam.