Naik Taraf Hentian Bas MBKT Bukan Perkara Perlu Disegerakan

1463

KUALA TERENGGANU – PAS menyifatkan pembangunan naik taraf hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak begitu mendesak dan menggesa pihak kerajaan lebih mengutamakan perkara yang sepatutnya.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim menasihatkan kerajaan agar memberikan perhatian yang lebih kepada nasib para peniaga dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, dan bukan untuk memperindahkan persekitaran

Beliau berkata, para peniaga menghadapi kesulitan dan kerugian perniagaan, kesan jangka pendek perpindahan lokasi perniagaan sebagaimana yang disarankan.

Hishamuddin stesen bas MBKT1“Kesan daripada pembangunan (naik taraf) ini antaranya dalam jangka masa pendek peniaga akan dipindahkan kepada tiga lokasi seperti mana yang difahamkan kepada mereka,

“Tiga lokasi itu tidak menjamin aspek keselamatan, faktor cuaca dan gangguan daripada golongan yang berniat jahat (akan mengancam perniagaan mereka),”jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kepada para peniaga terbabit, pada Isnin 29 Februari.

Oleh kerana itu, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh itu, dua tahun temph perpindahan mereka, sementara menunggu pembinaan bangunan baru hentian tersebut siap dibina, adalah merupakan tempoh yang kritikal untuk mereka meneruskan kehidupan.

Selain itu, katanya, ramai peniaga yang mengadu kebimbangan mereka, tidak dapat melunaskan hutang perniagaan, apabila perniagaan mereka berpindah ke lokasi sementara di hujung Tanjung, dekat sini.

“Masing-masing terikat dengan beberapa pinjaman seperti Amanah Ikhtiar, Tekun……………kesempitan ini menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang amat terdesak,

Hishamuddin stesen bas MBKT“oleh itu kerajaan perlu mengambil kira beberapa perkara ini,”katanya.

Beliau berkata, para peniaga juga risau kerana, kemungkinan selepas pembangunan yang dilaksanakan, akan berlaku kenaikan sewa,.

“peniaga akan berhadapan dengan satu lagi musibah…………..dengan kadar sewa masa kini dengan pun ada diantara mereka yang tidak mampu untuk membayar secara tetap,

“apatah lagi setelah pembangunan yang menelan kos RM14 juta itu, pastinya akan berlaku kenaikan pada kadar sewa ruang niaga,”ujjarnya.

Justeru, beliau berharap cadangan baik pulih kerajaan terhadap hentian tersebut hendakah diteliti dan dilakukan bersesuaian dengan keperluan serta bukannya meroboh kesuluruhan bangunan terbabit.