Musuh Ada Dimana-mana

621

KUALA TERENGGANU – PAS menyeru agar, ahli dan semua jentera diperkemas, menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berdepan ‘musuh politik’ di mana jua, pada bila-bila masa.

Namun begitu, Ketua Penerangan PAS Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tidak perlu terlalu melayan tohmahan mereka.

“musuh parti dimana mana pun ada, kita tidak mengambil serius sebarang sebaran musuh kerana makin di layan akan memberi mereka ruang,

“PAN Terengganu kita tahu ada kerana kita tahu pemimpinnya tapi ahli kita tak tahu kerana tidak nampak di kampung-kampung, apa yang penting kita perkemas ahli dan jentera kita, “tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap meraikan Rombongan seramai 33 orang dari DUN Sungai Limau, Kedah pada 31 Disember 2020.

Lawatan DUN yang dimenangi PAS itu, di ketuai wakil rakyatnya Ustaz Mohd Azam Abdul Samat, di sambut mesra rakat sejawatnya Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah ADUN.

Dalam pertemuan tersebut, Ustaz Azam melahirkan rasa kagum dengan kepesatan pembangunan markaz PAS Wakaf Mempelam.

‘ia merupakan kekuatan parti. Kami berharap akan dapat mencontohi dan mengikut jejak DUN Wakaf Mempelam dalam membangun institusi parti,

“seterusnya terus meningkatkan segala aktiviti dan gerak kerja, ” kata Ustaz Azam dalam ucapan balasnya.