Muslimat Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

509

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Memandangkan mangsa-mangsa banjir yang keluar sehelai sepinggang sewaktu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara(PPS), muslimat dan Ameerah kawasan Dungun mengambil cakna untuk turun padang membantu.

Ketua Muslimat Dungun, Khairiah Mokhti berkata, golongan hawa cuba memenuhi keperluan – keperluan untuk wanita kerana tidak mudah untuk mereka tinggal di PPS.

“Kita menghantar barang keperluan wanita di PPS Kampung Wa dan Kampung Padang Ping menerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) masing-masing kerana mereka sangat memerlukan di dalam situasi begini.

“Manakala Ameerah membekal ‘kit kebersihan’ diri seperti sabun , ubat dan berus gigi dan lain-lain, ” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, mereka hanya menziarahi beberapa buah rumah sahaja disebabkan bahan bantuan yang kita buat tidak sesuai untuk mangsa yang tinggal di rumah .

” Insya-Allah, kita akan turun lagi untuk berkunjung ke rumah-rumah yang telah dinaiki air tetapi tidak berpindah untuk menyumbang,” ujar Khairiah.

Katanya, mereka hanya ke PPS Dendang dan Kampung Wa sahaja menghantar barang keperluan, yang lain kita serah pada wakil MPKK Padang Ping.

“Kerana faktor keselamatan yang kita kena patuh disebabkan air yang dalam, amat merbahaya untuk kita redah, ” jelasnya sambil mengucapkan berbanyak terima kasih kepada KHIDMAT Malaysia Kawasan Dungun yang memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program Muslimat itu.

” Saya memohon untuk para dermawan menghulurkan bantuan untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir pada kali ini. Pada yang sudi membantu kami ucapkan ribuan terima kasih moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan,” tambahnya lagi.