Muslimat Seru Anggotanya Turun Bermuajat Beramai-ramai

121

Oleh: Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat PAS Terengganu (DMPNT) menyeru seluruh anggotanya dan rakyat negeri ini sama-sama turun menyertai ‘Munajat Kembalikan Royalti’, pada 6hb April ini.

Timbalan Ketua DMPNT, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman menegaskan, solat hajat itu bagi memohon kepada Allah semoga dipermudahkan rundingan royalti petroleum yang belum dilunaskan oleh kerajaan Persekutuan.

“Demi kepentingan keselamatan dan kebajikan negeri ini dalam memastikan penyelesaian yang adil bagi isu tersebut. Royalti hak milik rakyat Terengganu kenapa sekat?

“Kembalikan dengan segera dan beri ikut jadual yang sepatutnya,” tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika dihubungi hari ini, menyokong usaha Kerajaan negeri menuntut Royalti

Justeru beliau menyeru setiap rakyat Terengganu, tidak putus sama-sama berdoa di bulan yang penuh keberkatan ini supaya royalti minyak dikembalikan untuk manfaat semua.

“Kerajaan Pusat perlu berlaku adil atau tunggu balasan dari “kerajaan sekalian alam” pada hari hisab nanti,” tambah beliau.