Muslimat Santuni Individu Kuarantin Kendiri

112

SETIU – Menyedari kesukaran yang dihadapi individu yang dikuarantin secara kendiri kerana Covid-19, Muslimat cuba sedaya mungkin membantu agar mereka meringankan beban yang ditanggung.

Ketua Muslimat Parti Islam SeMalaysia (PAS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Rohani Awang berkata cakna Muslimat DUN Langkap diteruskan dengan mengagihkan sumbangan kepada keluarga yang sedang menjalankan proses kuarantin di Felda Chalok Barat.

“Sebanyak lima buah rumah yang telah diziarahi. Mereka yang menjalani proses kuarantin ini, merupakan kontek rapat dengan kluster yang berbeza. Antaranya ialah daripada kluster Tadika Permata, kluster hospital dan kluster Kuala Berang.

” Semoga dengan sedikit sumbangan yang diberikan, ia dapat menampung perbelanjaan mereka selama dua minggu proses kuarantin dijalankan, ” jelas Rohani ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut berharap agar orang ramai tidak memandang serong mereka yang disahkan positif Covid-19 dan yang dikuarantinkan secara kendiri.

” Sepatutnya kita bersimpati dan bukannya ‘viral’ kan seolah-olah mereka melakukan kesalahan,” katanya kecewa.