Muslimat Sambut Baik Langkah Ke Arah Perkasakan Tulisan Jawi

1131

KUALA TERENGGANU  – Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) menyambut baik langkah kerajaan mengadakan pertemuan dan dialog untuk mencari penyelesaian di dalam memperkenalkan tulisan jawi di sekolah vernakular.

Timbalan Ketuanya, YM Raja Endun Raja Abdul Rahman menyifatkan ia sebagai suatu tindakan proaktif yang perlu diteruskan.

“Kami juga mengalu-alukan lima hasil mesyuarat yang telah dicapai daripada pertemuan diantara Menteri Perpaduan dengan Badan Bukan Kerajaan(NGO) yang mewakili suara rakyat yang prihatin,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Muslimat berharap kesepakatan tersebut menjadi asas kepada usaha memperkasakan tulisan jawi yang dilihat semakin terpinggir di kalangan pelajar.