Muslimat ‘Kecam’ Ulamak Muda Umno!

1501

Muslimat PAS seluruh negara membuat laporan polis dan menyelar serta mengecam sekeras-kerasnya tuduhan Setiausaha Ulamak Muda Umno (Ilmu).

Mohd Radzi Othman melalui laman sosialnya membuat kenyataan biadap menatakan bahawa Muslimah bertudung labuh yang keluar menyertai Himpunan Membantah GST pada 1 Mei lepas sebagai pelacur kelas atasan.

safinahDi Kuala Terengganu, Ketua Muslimat PAS Terengganu Safinah Jusoh berkata , kenyataan tersebut adalah satu fitnah kepada kehormatan dan kesucian peribadi Muslimah.

“Bagaimana Muslimah yang berpakaian sopan menutup aurat serta menjaga adab pergaulannya dituduh sebegitu rupa ?

“Tidak berasas sama sekali mereka disamakan dengan pelacur yang menggadaikan agama dan maruah kewanitaannya, “

“kenyataan itu juga menggambarkan budaya golongan ulama Umno yang kerap menyalahgunakan amanah ilmu mereka dengan kenyataan menyalahi syariat demi kepentingan politik mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu pada Rabu 7 Mei.

Tegas Safinah, seorang Muslim tidak dibenarkan menuduh dan melabel sesama Muslim dengan panggilan yang buruk apatah lagi kata-kata fitnah yang menyamatarafkan Muslimah dengan pelacur.

DMPWPKatanya perbuatan seumpama itu sangat dilarang oleh ALLAH.

Oleh itu, beliau mewakili seluruh muslimat menuntut Mohd Radzi Othman, supaya menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh Muslimah.

Di Kuala Lumpur, Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan diketuai Ustazah Nuridah Salleh turut membuat satu laporan polis yang sama.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat membuat laporan itu di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.

Muslimat PAS Wilayah senada dengan Muslimat Terengganu menuntut Radzi Othman membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan biadap itu, atau menghadapi tindakan undang-undang sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.