Muslimat Gerakkan Tahun Pertanian Terengganu

123

Oleh : Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu menyahut perisytiharan 2021 sebagai Tahun Pertanian dengan menggerakkan ‘kaum hawa’ negeri itu, menceburi bidang tersebut.

Ketuanya, To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, mereka yang berminat boleh samada mengusakannya secara kecil-kecilan atau berskala besar.

“ramai yang berminat dengan pertanian bandar, marilah kita memakmurkan rumah kita dengan menanam,” ujarnya.

Hajah Zarani berkata demikian pada program ‘Dari Wanita Untuk Wanita’ disiarkan secara langsung Lubna TV pada 22 Mac.

Oleh itu, beliau berharap wanita Terengganu sentiasa maju dan mampu berdaya saing dalam pelbagai bidang yang diceburi.

“Tambahan lagi dengan pelbagai insentif yang diwujudkan kerajaan, ambil peluang untuk meningkatkan diri dan menghasilkan sendiri pendapatan untuk ekonomi keluarga,” ujarnya.

Sementara, anggota Muslimat Marang, Aziah Mamat, 51, berkata beliau mula berjinak-jinak, bertanam secara kecil-kecilan di perkarangan rumahnya dengan pelbagai tanaman.

“Oleh kerana saya buat seorang diri, mengisi masa lapang, nak buat batas ubi tidak larat nak gali tanah jadi saya guna bakul sayur untuk tanaman ubi,

“bila nak kutip hasil, saya terbalik bakul, kutip-kutip gitu je, tidak payah gali,” katanya ketika dihubungi.