Muslimat Bersih Surau dan Sumbang Telekung

75

Oleh: Mawardi

HULU TERENGGANU – Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir mengambil inisiatif mengadakan gotong royong berperingkat membersihkan 13 masjid dan 22 surau.

Menurut Ketuanya Puan Nor Hayati Muhamad, Muslimat turut mengedarkan telekung solat untuk memastikan setiap kemudahan dan prasarana tempat tumpuan masyarakat, terpelihara.

“Memandangkan masjid dan surau terkesan kehadiran sebelum ini dengan Perintah Kawalan Pergerakan PKP, sudah tentulah, ianya menjadi ruangan solat berdebu untuk tetamu Allah.

“Solat taraweh berjemaah telah dibenarkan oleh MAIDAM, jadi tujuan kita buat gotong royong ni adalah satu sebabnya nak beri keselesaan kepada orang-orang hadir setiap malam nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, mengulas kerja kebajikan sempena Ramadan itu yang dilaksanakan sejak minggu lalu.

Sementara itu, penyerahan telekung disampaikan oleh Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Ustazah Rohayati Nordin yang mewakili Muslimat DUN sebanyak 300 pasang.

Menurutnya, masjid dan surau menjadi pilihan utama kepada para jemaah dan musafir untuk solat, beribadah dan rehat.