Muslimat Anjur Bengkel Lahir Petugas Media

1008

Oleh : Norbaity Abd Latif dan Nursham Harith

KUALA TERENGGANU – Peranan media adalah amat penting bagi parti politik dan gerakan Islam seperti PAS dan pemikiran media mestilah digarap di kalangan ahli dan pemimpinnya.

Ketua Muslimat PAS negeri Terengganu Cikgu Safinah Jusoh berharap, Unit Media yang ditubuhkan melalui Lujnah Penerangan dan Hubungan Media dapat merealisasikan visi membudayakan pemikiran media tersebut.

Bengkel media muslimat3Beliau berkata, objektif Dewan Muslimat PAS Terengganu menganjurkan Bengkel Pengendalian Media adalah bagi melahirkan petugas-petuas media di kalangan muslimat.

“Peserta-peserta program ini akan menjadi ejen media dikawasan masing-masing apabila tamat bengkel ini nanti,” katanya ketika merasmikan Bengkel tersebut di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai di sini, semalam, Sabtu 26 April.

Turut hadir adalah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Terengganu Hajah Maznah Muftahuddin dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Sazali Mohd Noor.

Sazali ketika bercakap membentangkan tajuk ‘Komunikasi Media’ berkata, ‘News’ atau ‘Berita’ adalah perkara yang amat penting dalam Islam kerana perkataan yang diertikan sebagai ‘berita’ diungkap oleh Allah sebanyak 86 kali dalam al-Quran.

“satu surah an-Naba’ yang bermaksud ‘berita besar’ menunjukkan media dan berita itu penting dalam Islam,

Bengkel media muslimat6“selain itu sebanyak 86 tempat dalam al-Quran yang menyebut perkataan diertikan sebagai berita, membayangkan betapa pentingnya peranan orang-orang media dalam Islam,”jelasnya.

Selain beliau, wartawan Harakah Khairul Azlam Mohamad yang mengupas tajuk ‘Kemahiran Menulis Berita’ turut mengisi program Bengkel tersebut.

Beliau berkata, para petugas media tidak perlu bimbang dengan penulisan mereka selagi mereka menulis berita dengan tepat dan betul.
Sehubungan itu, para peserta yang menyertai Bengkel tersebut yang ditemui, ‘teruja’ apabila berpeluang mempelajari ilmu kemahiran media.

Bengkel media muslimat4Antaranya adalah kemahiran penulisan berita, kemahiran fotografi dan video, kemahiran komunikasi media dan penggunaan media sosial yang betul.

“Saya gembira kerana terpilih menyertai bengkel ini kerana kemahiran ini amat perlu bagi kami generasi muda melengkapkan ilmu media,

“sebelum terlibat secara langsung dalam bidang kewartawanan sebagai ejen media di tempat saya” luah seorang peserta bengkel tersebut, Syaril Naqiah Hashim, 26, ketika ditemui.

Bengkel Pengendalian Media anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu dengan kerjasama Lujnah Penerangan PAS Terengganu dikendalikan oleh para aktivis daripada Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).

Seramai 50 orang peserta yang dipilih mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada seluruh Negeri Terengganu menyertai Bengkel yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang.