Terengganu, Malaysia

Muslim Care Sumbang Bantuan Persekolahan RM200K

_DSC0071

MARANG – Kutipan sebanyak RM200,000 sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Muslim Care, sebahagiannya diagihkan untuk bantuan persekolahan kepada 50 orang pelajar miskin di kawasan Dewan Undngan Negeri (DUN) Bukit Payong.

Menurut Timbalan Presidennya Haji Johari Ismail [Gambar kanan], ia adalah amanah rakyat Malaysia yang menaruh keyakinan kepada NGO tersebut.

jOHARI iSMAIL“kutipan untuk bantuan persekolahan bagi beberapa tempat terpilih di Malaysia tahun ini hampir RM200 ribu,

“Bagi program bantuan persekolahan ini, kita telah mendapat hampir RM200 ribu lebih yang kita adakan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak,” jelas beliau selepas menyerahkan bantuan itu di sebuah kedai peralatan sekolah di Pengadang Baru, dekat sini pada Khamis 24 Disember.

Hadir sama dalam program penyerahan bantuan itu ialah Duta Muslim Care iaitu kumpulan nasyid UNIC serta Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Katanya lagi, antara kejayaan pengurusan Muslim Care di Malaysia ialah seperti mendirikan sekolah tahfiz bagi asnaf, menganjurkan program ibadat korban serta program-program membantu mangsa-mangsa bencana serta orang miskin.

Manakala di peringkat antarabangsa pula ialah seperti membina kilang roti bagi menjana ekonomi penduduk di Gaza, membeli bangunan untuk dijadikan Pusat Islam di Poland dan mendirikan sekolah di Turki bagi rakyat Syria selain daripada bantuan ketika musibah.

Haji Johari juga berharap agar rakyat Malaysia terus memberikan kepercayaan kepada Muslim Care dan dapat sama-sama menyumbang bagi mereka meneruskan kerja-kerja kebajikan dalam dan luar negara.

“Muslim Care mengharapkan umat Islam di Malaysia bersama-sama membantu kami untuk menjayakan program-program kemanusiaan yang telah dirancang.

_DSC0056“Seperti membantu pelarian Syria dan tak kurang juga program-program tempatan sebagaimana program bantuan persekolahan ini,” rayu beliau.

Muslim Care telah mengharumkan nama negara Malaysia sejak lebih sembilan tahun yang lalu ketika tsunami melanda wilayah Acheh.

Titisan keringat mereka juga berbekas di negara-negara lain seperti Pakistan, Afghanistan, Poland dan juga di negara-negara ‘panas’ seperti Syria dan Palestin serta negara-negara yang membantu pelarian ini seperti Jerman dan Republik Chech.

Bagi yang berhasrat untuk menderma kepada Muslim Care bagi menjalankan kerja-kerja kemanusiaan, bolehlah menderma melalui akaun Maybank (564490211159 dan 564490413882) dan Bank Islam (14014010147470 dan 14032010093666) telefon 0169978323.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan