Mursyidul Am Saman NST RM1 juta

679
http://buletinonline.net/images/stories/berita46/tgnikaziz.jpg

Beliau (gambar) dijangka akan memfailkan saman itu pada minggu hadapan kepada editor dan tiga wartawan syarikat penerbitan akhbar The New Straits Times Press Holdings (NSTP), dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor, dengan tuntutan penyelesaian di luar mahkamah sebanyak RM1 juta.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak mengemukakan permohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Dipetik Harakahdaily, Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi  berkata, dokumen untuk tindakan tersebut telahpun siap dan saman itu dijangka akan difailkan Isnin depan.

“Minggu depan kami akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

NSTP dan Rahim telah diberi tempoh 24 jam untuk mengemukakan permohonan maaf, bagaimanapun, kedua-dua pihak gagal menarik balik kenyataaan tersebut dan mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan itu, sebaliknya, Rahim menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan tersebut.

Antara penama yang dinyatakan dalam saman tersebut adalah Ketua Editor NST serta tiga wartawan yang terlibat dengan penulisan berita tersebut, iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.