Sekurang-kurangnya 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah telah rosak teruk apabila apa yang dilaporkan sebagai puting beliaung atau taufan (cyclone) yang melanda melalui Kampung Alor Besar, Kedah, petang Selasa.
Seorang jurucakap polis di daerah Pendang mengesahkan kejadian itu, tetapi tidak ada kemalangan dilaporkan.
“Tahap kerosakan dari taufan yang masih belum ditentukan,” katanya ketika dihubungi.
Namun sebaliknya, Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan fenomena cuaca yang berlaku bukan sebenarnya bukan taufan atau puting beliung (cyclone)
“Negara kita tidak berada dalam laluan taufan,” kata seorang jurucakap Jabatan.
“Apa yang berlaku di Kampung Alor Besar dikenali sebagai ‘muncung tanah’ (land spout),” katanya, menjelaskan bahawa jika ia berlaku di atas air, ia akan dikenali sebagai muncung air.
“Ia berlaku apabila angin kencang memenuhi awan yang membawa hujan,” katanya, menjelaskan bahawa muncung tanah adalah satu fenomena cuaca yang normal di negara ini.
Menurut beberapa saksi, kejadian angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda, dilaporkan berlaku selama dua puluh minit.
Angin itu dilaporkan, tiba-tiba datang dari arah utara menyebabkan penduduk kampung bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Mstar melaporkan, sebuah sekolah di Kampung terbabit terjejas teruk apabila bumbung bangunan diterbangkan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.
Ia turut menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di kampung itu dan tiga buah rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.










