Muslimat Yakin Pertahan Parlimen Marang Pada PRU14

1269

MARANG – Setelah berusaha selama 14 tahun menyampaikan dakwah dan menarik sokongan kaum wanita, akhirnya cawangan Muslimat di Kamlung Sungai Serai berjaya ditubuhkan.

Sayap ‘kiri’ PAS itu telah berjaya menubuhkan Cawangan Muslimat Kampung Sungai Serai dekat sini, dalam tempoh setahun berlalu pilihan raya umum kali yang ke-14.

tmp__DSC2238-165914960Oleh itu, Ketua Penaja cawangan tersebut, Hasniza Ibrahimmyang ia akan meningkatkan semangat para ahli dan penyokong PAS, terutamanya dikalangan muslimat, bagi mempertahankan kerusi parlimen Marang.

Katanya, dengan penubuhan cawangan baru itu, gerakan muslimat setempat akan menjadi lebih kemas dan tersusun.

Menurutnya, sebelum ini muslimat Cawangan Sungai Serai bergabung dengan Muslimat Cawangan Gondang kerana kekurangan ahli untuk bergerak.

“InsyaAllah selepas ini, kita akan dapat bergerak dengan lebih kemas dan tersusun, sebelum ini tak boleh sebab tak cukup ahli,

“terpaksa bergabung dengan muslimat cawangan kampung sebelah, kampung Gondang,”ujarnya ketika ditemui selepas majlis persmian pelancaran Cawangan tersebut pada Khamis, 17 April.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah merasmikan pelancaran cawangan muslimat itu.

Kata Hasniza, seramai 60 orang muslimat telah berjaya didaftarkan sebagai ahli dalam usaha menubuhkan cawangan tersebut.

Cawangan Sungai Serai terletak dalam Dun Pengkalan Berangan, Parlimen Marang iaitu kira-kira 30 km dari bandar Kuala Terengganu.