KUALA TERENGGANU – Kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah SWT bukan sekadar gelaran diatas muka bumi tetapi ketakwaannya kepada Allah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ketakwaan kepada Allah inilah yang menjadikan seseorang itu ditunggu oleh para malaikat untuk dijemput ke dalam syurga.
“Hasil daripada keimanan dan keyakinan kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada nabi dan hari akhirat serta syurga neraka dan juga pahala dosa,
“yang menjadikan seseorang itu terus menyahut seruan Allah untuk berlapar dan dahaga serta meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah,
“dan Allah Taala jamin serta menjanjikan suatu kelebihan yang besar bagi orang yang berbuka puasa iaitu mereka mendapat sifat yang hebat iaitu kedudukan yang tinggi dan bertakwa,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan tazkirah zohor di Wisma Darul Iman pada Sabtu, 20 Mei.


Katanya, dalam hadis Nabi SAW ‘dalam syurga itu baginya ada lapan pintu dan daripada lapan pintu terdapat satu pintu namanya Ar Rayyan serta tidak masuk melalui pintu itu melainkan orang-orang berpuasa.
“Para Ulamak berkata pintu syurga yang sangat luas dan bertaubat atas dosa kita agar ada dalam bulan Ramadhan dalam dua keadaan iaitu takalli (kosongkan dan bersihkan hati) dan tahalli (indah perhiasan),
“dan lapan pintu syurga iaitu pintu taubat, solat, pintu yang dimasuki oleh orang bersih, zakat, sedekah, haji dan umrah dan orang berjuang menegakkan agama Allah serta orang yang suka merapatkan hubungan silaturrahim,
“serta salah satu pintunya bagi orang berjihad bagi dan orang yang menunaikan ibadat kemudian orang yang menunaikan puasa akan masuk dan pintu tersebut dan dikunci,” ujarnya.
Menurutnya, marilah kita mengambil sedikit masa untuk memenuhi rohani duduk di majlis ilmu untuk tambah keyakinan supaya kita percaya kita betul-betul kenal Allah SWT.
“Allah akan bagi pahala sekiranya buat amal soleh dan berdoa pada Allah SWT agar dipilih dalam hamba –hamba yang bertakwa serta di masukkan ke dalam syurga melalui mana-mana pintu,” jelas beliau.





























