ALOR SETAR – Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-63 ‘membuka tirainya’ dengan gilang gemilang, lebih meriah dan veri di bumi Kedah Darul Aman.
Bermula dengan rasminya dengan ketibaan Sabtu 29 April, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awan, kira-kira jam 8.30, hari ini, Sabtu 29 April.


Beliau kemudiannya diiringi oleh Komandan Jabatan Amal PAS Pusat Ahmad Nazri Aziz bagi acara pertama muktamar iaitu pemeriksaan perbarisan dan menerima tabik hormat daripada Jabatan Amal Amal.
Menurut Aziz kekuatan anggota perbarisan hormat itu ialah tiga platun seramai 90 orang.
Seusai barisan AJK PAS Pusat masuk dan mengambil tempat di pentas utama, Mursyidul Am bersama Presiden PAS diiringi oleh pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri berarak masuk ke dewan utama.



























