Muktamar PAS Pusat : Perwakilan PAS Kawasan Marang Hadir

572

KUALA TERENGGANU – Perwakilan kawasan Marang hadir ke Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 67 tahun ini di Duyong Marina Resort Kuala Terengganu.

Setiausaha PAS Marang, YB Ustaz Sulaiman Sulong berkata, seramai 16 orang perwakilan telah dipilih menghadiri muktamar pagi ini sehingga esok selama dua hari.

“Muktamar pada kali ini juga dilangsungkan dengan agak ketat yang mana semua jawatankuasa, perwakilan dan urus setia yang hadir,

“mesti telah divaksinasi dua dos lengkap serta melakukan ujian kendiri pengesanan Covid-19, yang dikendalikan oleh petugas Muktamar.” ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, Muktamar pada kali ini dijalankan secara serentak di seluruh negara secara dalam talian di mana hanya Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan-kawasan sahaja yang menghadiri lokasi utama muktamar ini di Terengganu.

“manakala empat orang lagi perwakilan dari setiap kawasan bermuktamar secara dalam talian di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan untuk setiap negeri.” tambahnya.

Mengetuai perwakilan kata belia ialah Timbalan Yang Dipertua YB. Ustaz Mohd Nor Hamzah.

“yang lain ialah Naib Yang dipertua YB. Ustaz Ariffin Deraman , YB. Ustaz Sulaiman Sulong, Haji Ramli Ismail, Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria, Ustaz Yusuf Abdul Hadi, To’ Puan Hajjah Zarani Othman, YB. Dato’ Haji Yahaya Ali, Ustaz Wan Ahmad Zuki Wan Ismail, Mohd Nasir Ismail, Ustaz Ahmad Maarof Ismail, Cikgu Mohd Draman, Ustaz Sidik Abu Bakar, Puan Sarifah Seman, Puan Faridah Omar dan Ustazah Asma Abdullah.” katanya.