Muktamar PAS Lakar Sejarah ; DHPP Hantar Perwakilan

752


Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian dalam ucapannya selaku Pengerusi Panitia Muktamar Tahunan PAS Kali Ke 56 di Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan-dewan tersebut di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), di Pengkalan Chepa dekat sini, semalam.

Menurutnya, Muktamar kali ke 56 tahun ini juga akan melihat satu perkembangan baru dalam PAS dimana ia akan turut dihadiri oleh perwakilan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Secara rasminya, Dewan Himpunan Penyokong PAS yang baru ditubuhkan pada 23 Mei lalu.akan menjadi peserta Muktamar PAS,”ujarnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS kerana turut melakar sejarah baru dalam perjuangan PAS sepanjang 56 tahun.

Buat kali pertamanya, kata beliau, ketiga-tiga Dewan yang menjadi sayap utama PAS itu menempa sejarah apabila ia dirasmikan sekaligus, secara serentak oleh Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selain itu, menurutnya, Dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah apabila buat kali pertamanya dihadiri oleh para perwakilan bukan dari negeri-negeri tetapi mewakili kawasan-kawasan dari seluruh Negara.

“Belum pernah sebelum ini, ketiga-tiga Dewan, dirasmikan secara serentak, sekaligus, (dalam satu majlis),

“dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat juga mencipta sejarah pada kali ini, buat kali pertamanya perwakilan bagi dewan-dewan tidak mewakili negeri-negeri, tetapi mewakili kawasan-kawasan,”jelasnya.

Dengan kehadiran para perwakilan dari kawasan-kawasan tersebut, Dato’ Mustafa berkata, ia akan memberikan ruang dan peluang yang lebih luas kepada ahli-ahli menyuarakan pandangan mereka.