Muktamar Kali Ke-57; Lonjakan Semangat Muslimat Penentu Kemenangan

1863

Oleh : Che Ana

ALOR SETAR – Lonjakan semangat dan momentum jentera Muslimat menjadikan PAS sebagai penentu dan merelisasikan kemenangan serta pnubuhan sebuah kerajaan pada masa hadapan.

Seorang pemerhati di muktamar kali ini, Puan Faridah Muda, 48, dari Kuala Nerus berkata Muslimat adalah jentera yang sangat penting bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya kali ke-14 (PRU 14).

“Muktamar ini akan melonjakkan semangat semua petugas dan jentera Muslimat disemua peringkat kerana ia hampir kepada pilihan raya,

“(Muslimat) juga sedia menerima segala apa jua arahan (supaya PAS) menjadi penentu kerajaan yang akan memerintah negara ini (nanti),” jelasnya

Beliau berkata demikian ketika ditemu menghadiri Majlis Perasmian Muktamar Muslimat Pusat kali ke-57 yang berlangsung pagi ini 27 hb April hingga 1 hb Mei di Dewan Kompleks PAS Kedah.

Sehubugan itu, beliau menyifatkan Muktamar PAS Pusat pada kali ke-63, tahun ini adalah muktamar yang terakhir sebelum PRU 14 dan angka ’63’ adalah istimewa.

“angka 63 diharapkan menjadi angka yang istimewa kerana kewafatan nabi (63 tahun) dan bermulanya perjuangan khilafah Islam keseluruh pelusuk dunia” tambah beliau lagi.

Beliau juga mengharapkan muktamar kali ini penuh dengan percambahan idea dan strategi serta pandangan yang membina dari pimpinan dan perwakilan.

“saya jangkakan proses pemilihan jawatankuasa muslimat berlaku dalam suasana yang sangat harmoni dengan semua jawatan utama parti telah menang tanpa bertanding,” tambahnya apabila dintany tentang pemilihan kepimpinan baharu Dewan Muslimat PAS Pusat yang akan diuat pada Muktamar ini.