Muhyiddin Akui Umno hadapi risiko kehilangan lebih banyak…

856

http://buletinonline.net/images/stories/berita28/muhyiddin_1.jpgKUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui partinya Umno kini sedang sedang menghadapi risiko kehilangan lebih banyak lagi pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Ekoran prestasi yang lemah pada pilihanraya ke-12 Mac 2008, katanya Umno akan terus merudum kecuali para anggota parti tersebut melakukan perubahan lebih baik bagi menarik sokongan para pengundi.

‘Kita sedang menghadapi satu ancaman. Biar saya beritahu anda semua di sini. Kita sedang menghadapi risiko.

‘Kita perlu mengubah persepsi masyarakat (terhadap Umno). Proses perubahan bagi Umno harus dilakukan semalam, bukan hari ini. Proses (perubahan Umno) itu mengambil masa terlalu lama,’ kata Tan Sri Muhyiddin, semasa membuka rasmi mesyuarat divisyen Umno Setiawangsa di sini, seperti dilaporkan akhbar internet Malaysian Insider.

Beliau selanjutnya menarik perhatian hadirin terhadap isu undian kawasan bandar dan bagaimana BN kehilangan 10 daripada 11 kerusi dalam kawasan bandar Kuala Lumpur.

‘Jika anda melihat ke arah kawasan-kawasan bandar, terdapat trend yang mana adanya kekurangan sokongan bagi Umno. Bagaimana kita berusaha untuk menyelesaikan isu seperti ini?

‘Anda perlukan kemahiran untuk mengurus isu-isu penduduk kawasan bandar,’ kata Tan Sri Muhyiddin kepada sekitar 200 hadirian yang terdiri daripada anggota divisyen Umno itu.

Beliau juga mengesali isu tentang bagaimana para anggota dalam parti berusia 53 tahun itu semakin ‘selesa’ dengan idea mengekalkan kuasa, sedangkan terdapat keperluan mendesak untuk menyedari bahawa Umno harus bekerja lebih keras untuk menarik lebih ramai sokongan.

Tan Sri Muhyiddin memberi amaran kepada para anggota Umno terhadap sikap nostalgia mereka, serta mengingatkan mereka bahawa para pengundi sekarang tidak lagi berasa terhutang budi kepada Umno atas sumbangannya di masa lalu.

‘Dulu orang menerima Umno tanpa soal, tetapi ia tidak sedemikian hari ini,’ ujarnya.