Oleh : Nasrun Abdullah
HULU TERENGGANU – Bertemakan “Muafakat Bantu Masyarakat” yang menekankan keperluan rakyat khususnya insan kurang bernasib baik, sesuai dengan nama Skuad Cakna Masyarakat (SCM).
Timbalan Pengerusinya Rulam Akbal berkata SCM adalah satu skuad yang bernaung dibawah pentadbiran Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Hulu Terengganu yang mengfokuskan operasi sekitar Hulu Terengganu.
Kita tidak mengira apa fahaman politik, sekiranya mereka memerlukan pertolongan kita akan hulurkan tangan,”ujarnya.
Oleh itu katanya, SCM menjalinkan kerjasama strategic dengan pelbagai NGO dan sukarelawan, bagi meningkatkan khidmatnya kepada masyarakat.
“Dalam dalam melebarkan khidmat kepada kepada orang ramai………memerlukan SCM sentiasa kerjasama rakan strategik para NGO dan sukarelawan lain,
“antaranya ialah Yayasan Amal Malaysia, Jabatan Amal, Ameerah, Sahabat Care, PAHAT, Darus Syifa, Papisma, Nisa’, Pacu dan lain-lain yang sudi bersama,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas memberilan khidmat bantuan seorang pesakit kanser dari Kampung Tapah, Kuala Berang di sini hari ini, Khamis 3 November.
Muhammad Hanafi, 22, yang mengidap ‘kanser tulang’ dibawa menggunakan ambulan milik Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu, untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Universiti Kubang Kerian, Kelantan.
“hampir setiap bulan beliau perlu ke (Hospital UKM) Kubang Kerian. Sebelum ini beliau berulang alik dengan kereta dan kenderaan biasa.
“Pada kali ini alhamdulillah ambulan Yayasan Amal Malaysia cawangan Terengganu memberikan khidmatnya,”jelas beliau.
Turut menyambut ketibaan Muhammad Hanafi setibanya di Kubang Kerian ialah Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada SCM atas ‘kecaknaan’ dan penerusan program-program kebajikan khususnya kepada warga Hulu Terengganu.