Dalam ucapan di televisyen lewat pada hari Ahad, Morsi berkata langkah-langkah kecemasan di Port Said, Ismailia dan Suez akan berkuat kuasa pada hari Isnin dari jam 9:00 pm waktu tempatan (19:00 GMT) 06:00 (04:00 GMT).
Beliau turut memberi amaran bahawa lebih banyak tindakan akan diambil untuk mengekang letusan terbaru keganasan yang berlaku merentasi negara Mesir.
“Saya telah berkata saya menentang terhadap apa-apa langkah-langkah kecemasan tetapi saya juga telah berkata bahawa jika saya wajib bertindak menghentikan pertumpahan darah dan melindungi rakyat,”kata Morsi.
Beliau juga memanggil satu dialog dengan ahli-ahli politik utama Mesir, bermula pada hari Isnin untuk menyelesaikan keadaan yang meruncing.
Pertempuran maut berlaku di seluruh negara antara penunjuk perasaan dan polis yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang sejak hari Jumaat, apabila himpunan memperingati ulang tahun kedua revolusi menggulingkan bekas Presiden Hosni Mubarak, bertujar menjadi ganas.
Dilaporkan, tujuh orang telah ditembak mati dan beratus-ratus cedera di Port Said pada hari Ahad semasa pengebumian, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam pertempuran di bandar itu pada hari sebelumnya.