Presiden Mesir yang digulingkan pihak tentera Mohamed Morsi akan dibicarakan oleh kerajaan ‘kudeta’ Mesir dengan tuduhan “hasutan pembunuhan”, lapor media tanpa menyatakan tarikh untuk perbicaraan tersebut.
Agensi berita negara Mesir melaporkan, pendakwa Hesham Barakat menyatakan, Morsi dan 14 ahli-ahli Ikhwan Muslimin akan didakwa di mahkamah jenayah Kaherah agensi berita negeri yang dilaporkan pada hari Ahad.


Morsi juga sedang disiasat lebih melarikan diri dari penjara semasa pemberontakan 2011 terhadap bekas Presiden Hosni Mubarak.
Morsi yang hanya baru setahun ditampuk jawatan, digulingkan pada 3 Julai apabila bantahan ‘terancang’ secara besar-besaran oleh musuh-musuh politiknya disokong oleh tentera.
Sejak itu, pihak berkuasa telah mengambil tindakan keras terhadap Ikhwanul Muslimin dan menangkap kebanyakan pemimpin utamanya termasuk Mursyidul Am Mohamad Badie.
Pasukan keselamatan juga telah membunuh beribu-ribu penyokong Morsi semasa protes sejak kejatuhannya.
Sebaliknya, kerajaan ‘kudeta’ telah menuduh bahawa Ikhwan Muslimin yang melakukan tindakan keganasan dengan dakwaan kira-kira 100 anggota pasukan keselamatan juga telah terbunuh.
Pembunuhan beramai-ramai yang aat dahsyat telah dilakukakan pihak keselamatan Mesir pada 14 Ogos, apabila meraka menggunakan kekerasan untuk menyuraikan kem bantahan Rabia dan Nahdah di Kaherah.





























