“Saya bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar untuk dengan ikhlas memelihara perintah republik dan menghormati perlembagaan dan undang-undang, dan benar-benar menjaga kepentingan rakyat,” katanya pada majlis yang diadakan di Mahkamah Perlembagaan.
Morsi, pemenang pilihan raya yang diadakan pada 16-17 Jun, terpaksa mengangkat sumpah di mahkamah dan bukannya di Parlimen selepas tentera membubarkan parlimen berikutan perintah mahkamah pada awal bulan ini.
Beliau secara simbolik telah mengangkat sumpah pada hari Jumaat dihadapan puluhan ribu penyokong di Dataran Tahrir (gambar kanan), pusat himpunan kebangkitan dan pemberontakan yang telah telah menyingkirkan Mubarak pada 11 Februari, 2011.
Selepas mengangkat sumpah, Morsi menuju ke Universiti Kaherah untuk memberikan ucapan pertama sebagai presiden Mesir.
Morsi, yang meletak jawatan dari gerakan Ikhwanul Muslimin selepas memenangi pilihan raya, kini menghadapi perjuangan berhadapan tentera yang menyelia peralihan selepas penyingkiran Mubarak.
Pihak tentera telah cuba bertegas untuk mengekalkan kuasa mereka yang luas.
“Saya menyerahkan hak istimewa presiden (kepada anda) dan anda adalah sumber kuasa dan legitimasi,
“Tidak ada tempat untuk sesiapa atau mana-mana institusi … mengatasi wasiat ini.” ,” katanya ketika berucap di Dataran Tahrir
Tentera telah mengambil alih kuasa parlimen selepas yang memansuhkan parlimen itu dan juga membentuk majlis keselamatan negara yang berkuasa diketuai oleh presiden tetapi didominasi oleh para jeneral.
Dengan bersetuju mengangkat sumpah jawatan di Mahkamah Perlembagaan, Morsi mengiktiraf keputusan mahkamah untuk membubarkan Parlimen selepas mahkamah memutuskan bahawa satu pertiga daripada pilihanraya parlimen adalah tidak sah.
Tentera juga memperuntukkan hak untuk menubuhkan sebuah parlimen yang baru, yang dijangka pada 1 September depan selepas ia dibubarkan dengan keputusan mahkamah sedangkan Ikhwan Muslimin menegaskan hanya parlimen yang boleh melantik .
Laporan media berkata Morsi telah berunding dengan pelbagai wakil masyarakat Mesir sebelum melantik seorang Perdana Menteri dan kabinet yang kebanyakannya terdiri daripada teknokrat.
Dalam satu mesyuarat dengan para editor akhbar pada hari Jumaat, Morsi berjanji tidak akan “meng Islamisasikan institusi negeri” semasa kepimpinan beliau.
Morsi telah bertemu dengan pemeritah tentera Mesir Field Marshal Hussein Tantawi, serta delegasi ulamak Al-Azhar, dan delegasi yang mewakili gereja Koptik Mesir.
Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde telah memberitahu Morsi, pemberi pinjaman itu sentiasa bersedia untuk membantu Mesir, yang bergantung ekonomi kepada sektor pelancongan.
Sektor tersebut telah terjejas berikutan pergolakan yang mengiringi penggulingan Hosni Mubarak.
Morsi menjadi calon Ikhwan sebagai presiden Mesir selepas pilihan pertama Khairat El-Shater t hilang kelayakan dan berjaya menewaskan Shafiq Ahmed, Perdana Menteri terakhir Hosni Mubarak, dengan 51.73 peratus undi.
Pada mulanya, ramai telah berpendapat Morsi tidak berkarisma sebagai pengganti Khairat El-Shater dan Morsi diramalkan tidak dapat untuk mendapatkan sokongan meluas.
Tetapi Ikhwan yang kuat menggerakkan sumber dengan hebat adalah juga penyokong di belakang Morsi, yang telah dilantik mengetuai cabang politik Ikhwan, Parti Kebebasan dan Keadilan pada tahun lalu,
Morsi menang sebagai ahli parlimen pada pilihan raya tahun 2005, yang merekodkan kejayaan ikhwan menguasai 1/5 kerusi di parlimen.
Tetapi tidak lama selepas itu, beliau tidak telah ditangkap dan dipenjarakan selama tujuh bulan kerana mengambil bahagian dalam protes yang menyokong pembaharuan kehakiman.
Morsi menjadi jurucakap Ikhwan menjelang pilihan raya 2010, dan ahli jawatankuasa tertinggi gerakan tersebut (Terjemahan bebas dari pelbagai agensi berita)








