Oleh: Faizol Mohd Yusof
KOTA TINGGI – Muktamar Kali Ke-55 Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyaksikan beberapa ‘kontoversi’ ekoran ‘politik panas’ yang sedang ‘meruap’ di peringkat nasional dan dalaman PAS.
Bertemakan ‘Memperkukuh Muafakat’, Muktamar DPPM di Dewan Choon Moi, di sini yang bermula petang Selasa disifatkan sebagai ‘sejuk’ apabila ia dimulakan dengan ucapan Ketuanya, Suhaizan Kayat.
Seorang pemerhati menyifatkan, Suhaizan gagal berpidato sebagaimana saf ketua terdahulu dan tidak dapat pun dapat menandingi ketua sebelumnya Ustaz Nasarudin Hassan.
“walaupun Suhaizan menekankan beberapa perkara penting, dan para perwakilan muktamar diam ‘tertegun’ seolah-olah tidak terkata, tapi para pemuda sebenarnya hilang ‘jelira’,
“sebab itu tidak ada tindak balas, samada mentokong atau membangkang ucapan Suhaizan,”ujarnya yang tidak mahu dikenali.
Namun sebaik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berucap merasmikan Muktamar itu, suasana beralih sedikit, agak menjadi lebih hidup.
Namun begitu, ia dicemari dengan tindakan sebilangan perwakilan kira-kira 50 orang kebanyakannya dari perwakilan dari negeri Pahang dan Selangor meninggalkan Muktamar sebaik Mohamad memulakan ucapan.
Beliau memulakannya dengan mengungkit tentang kisah permulaan konsep kepimpinan ulamak yang menurutnya dicetuskan oleh para pemuda pada zaman kepimpinan Datuk Mustafa Ali.
Beliau turut mengakui, menegur Majlis Syura Ulamak, tapi katanya, bukan untuk menolak, sebaliknya untuk ‘semak imbang’.
– kembali untuk berita selanjutnya……


























