KUALA NERUS – Eidul Fitri adalah hari kegembiraan bagi mereka yang berjaya menjadi hamba kepada Allah sepanjang Ramadhan dan ia seharusnya diperpanjangkan untuk selepas Ramadhan sehingalah datang Ramadhan yang akan dating.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri al-Mubarak untuk tahun ini kepada semua muslimin dan muslimat khususnya kepada warga Kuala Nerus dan rakyat negeri Terengganu.
“Saya mengucapkan selamat menyambut Iidul Fitri al-Mubarak untuk tahun 1435 H. Semoga Allah terima segala ketaatan yang dilakukan sepanjang Ramadhan.
“Raya yang sebenar adalah hari kegembiraan bagi mereka yang berjaya menjadi hamba kepada Allah sepanjang Ramadhan lalu diperpanjangkan sifat perhambaan itu untuk selepas Ramadhan sehingalah kedatangan Ramadhan seterusnya,”ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS tidak lupa mengingatkan seua muslimin dan muslimat akan kezaliman rejim zionis Israel laknatuLlah terhadap saudara-saudara Islam di bumi Palestin,
“saudara-saudara Islam di bumi Palestin yang sedang diserang dan dibunuh oleh Yahudi…….. Titipan doa perlu diteruskan agar mereka diberikan kemenangan segera oleh Allah.
“Kemenangan mereka menghadapi Yahudi perlu disambut oleh umat Islam dengan laungan takbir membesarkan Allah sebagaimana sahabat-sahabat Nabi SAW menyambut kepulangan tentera Badar dengan takbir di awal Syawal,”jelasnya dalam satu siding video semalam.
Bagi pihak PAS juga beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia tidak lupa juga kepada keluarga mangsa nahas MH17 yang terkorban serta keluarga mangsa MH370 yang belum diketahui nasib sebenar mereka.
“Moga Allah berikan yang terbaik kepada mereka dan seluruh ahli keluarga mereka,”tambah beliau
http://youtu.be/nXpbgdmljeE




























