Alhamdullilah selesai sudah Misi Peduli Pelarian Rohingya di Acheh . Misi ini berlangsung selama 5 hari bermula 6 Jun sehingga 10 Jun 2015. Seramai 12 orang sukarelawan yang terdiri daripada wakil- wakil NGO seperti PAPISMA, KAMI, Ameerah dan ILMAM telah pergi ke Kota Langsa, Acheh untuk memenuhi tanggungjawab kemanusiaan sesama muslim serta manyampaikan sumbangan buat pelarian Rohingnya yang berada di Acheh. Saya, Dr Saifulhaziq Norman dan Dr Khairul Farizi bertindak sebagai wakil Papisma untuk Misi Kemanusiaan kali ini.
Sepanjang 4 hari permukiman kami di sana, hampir 2 ribu pelarian rohingnya di Acheh telah kami santuni. Terdapat 4 Kem untuk Pelarian Rohingya di Acheh dan antara Kem terbesar adalah Kem Kuala Langsa dan Kem Bayeun .
Pada hari Pertama permukiman, kami meninjau keadaan kem yang mempunyai jumlah pelarian terbesar iaitu Kem Kuala Langsar dan Kem Bayeun dan bertemu dengan pihak berkuasa disana. Setibanya kami di Kem Bayeun, secara spontan dan tanpa dirancang kami menjalankan “Promosi Kesihatan” dengan mengajar mereka menggosok gigi dan cara membersihkan diri dengan betul . Masalah komunikasi kami dapat diatasi dengan pertolongan Ali Hussein, rakyat Rohingya yg mahir berbahasa melayu.
Pada hari Kedua permukiman kami di Acheh, Kami berkunjung ke penempatan yang paling jauh iaitu Kem Lhoksukon. Perjalanan ke kem tersebut mengambil masa selama 3 jam. Di sana kami mengambil peluang yang ada untuk mendekati dan memberi sokongan moral kepada mereka. Memang benar, meskipun segala keperluan hidup mereka di kem tersebut mencukupi, namun semangat dan motivasi juga penting buat mereka untuk terus kuat meneruskan hidup di bumi Aceh ini, bumi yang asing buat mereka.
Pada hari ketiga, tepat jam 8pagi, kami telah menjalankan aktiviti memandikan kanak-kanak Rohingya sambil mengajar dan mendemonstrasikan secara langsung kepada ibu-ibu mereka akan peri pentingnya kesihatan dan penjagaan kebersihan. Seusai mandi , kami memberikan sirup multivitamin kepada kanak –kanak pelarian Rohingnya yang kebanyakannya kekurangan zat makanan. Wajah anak-anak Rohingnya pada hari itu ceria setelah masing-masing dapat merasa sirup multivitamin yang manis dan berperisa. Sentuhan kami secara langsung dengan mereka, jelas sedikit sebanyak menceriakan dan menggembirakan mereka.
Petangnya, kami selesaikan pemberian bantuan hasil sumbangan Rakyat Malaysia kepada mereka. Antara sumbangan yang telah disampaikan adalah peralatan kesihatan, buah-buahan, audio system untuk solat, tikar Solat, biaya pengajian agama selama 2bulan , serta material keperluan untuk membuat rumah panjang yang mempunyai 10 bilik. Jumlah sumbangan yang dibelanjakan untuk membeli kesemua keperluan tersebut bernilai hampir 90 Juta rupiah.
Pada hari terakhir permukiman kami di sana, kami bertolak pulang seawal pagi sesudah subuh kerana perjalanan dijangka mengambil masa 7jam ke Lapangan terbang Kualanumu dari Kota Langsa. Terdapat 1001 satu emosi yang sukar untuk kami gambarkan setelah menamatkan misi ini. Ketika ditanya tentang harapan, kebanyakan jawapan yang diberi oleh Pelarian Rohingnya di Acheh ini adalah supaya mereka dapat hidup aman sebagai Muslim dan bebas seperti manusia biasa. Sudah beberapa kali air mata kami mengalir setelah mendengar, melihat, dan merasai bebanan dan penderitaan rakyat yang dinafikan Hak ini. Doa Kami agar hadirnya kami dalam misi kali ini sedikit sebanyak dapat meringankan dan menggembirakan mereka. Amin Ya Rabbalamin… sekian
***Dr Mohd Saifulhaziq B Noorman adalah seorang pengamal perubatan disebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur merupakan Wakil PAPISMA (Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia) MBBS (Malaya) dalam Misi tersebut
The 2027 Budget, totalling RM510 billion, must be assessed based on the tangible benefits it delivers to the people, particularly in raising incomes, creating...
KUALA TERENGGANU – Lebih 150 sukarelawan Khidmat Malaysia digerakkan bagi membantu operasi menghadapi banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, termasuk kerja...
KUALA NERUS - Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Nerus menggerakkan jentera pilihan raya di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sejak pelancaran pada April lalu...
RIYADH – Ketegangan di Asia Barat kembali memuncak selepas Amerika Syarikat (AS) membayangkan kemungkinan untuk menyertai pakatan ketenteraan Arab Saudi bagi melancarkan serangan balas...
The government must ensure that green investments under the 2027 Budget deliver measurable emissions reductions without compromising the country's electricity and water supplies.Pas deputy...