Oleh : Dr Suhazeli Abdullah
Konflik peperangan saudara di Sudan khususnya di Darfur, Sudan Selatan sudah mencecah 13 tahun. Sejak 2003, mangsa konflik ini melibatkan lebih 200,000 nyawa terbunuh manakala 2.5 juta lagi menjadi pelarian. Konflik ini berikutan pergaduhan sesama penduduk Islam berlainan etnik antara suku Afrika dengan kumpulan penduduk keturunan Arab yang memuncak pada 2003. Manakala perpecahan antara Sudan utara dan Sudan Selatan sedikit sebanyak melibatkan krisis agama. Sehinggakan perpecahan Sudan Utara dan Sudan Selatan tahun 2011 memperlihatkan banyak nyawa gugur dan mangsa pelarian tersisih.
Kem Sagarab, Kasalla dan Gardarif adalah pusat penempatan pelarian di bawah seliaan UNHCR. Dianggarkan lebih 250 ribu pelarian berselerakan disempadan kedua-dua negara konflik tersebut. Jumlah ini tidak termasuk pelarian di dalam Sudan Selatan dan negeri Darfur itu sendiri.


Kami cukup bertuah pada tahun ini kerana Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah memberikan kerjasama padu dalam mempromosi program amal kebajikan Qorban & Aqiqah Sudan. Saya bagi pihak YAMCT cukup terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama dua hala ini.
Semoga dengan sokongan dan dokongan semua pihak termasuk JHEAT ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban dan penderitaan mangsa pelarian tersebut.
Saya menyeru seluruh masyarakat turut membantu melalui penyertaan qorban atau aqiqah. Pihak YAMCT akan menyempurnakan sebaik mungkin. Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi urusetia Qorban & Aqiqah YAMCT:
Sdr Ikhwan 01110693390
Sdr Fahmi 0139586345
Sdr Sauji 0142100335
Sdr Syafiq 0145143352
Pejabat 096627380
Atau boleh hadir sendiri ke Alamat:
LPT 30431, Tingkat Atas Rumah Kedai
Taman Hidayah Gong Badak, Kuala Terengganu 21300
Terengganu
Orang ramai juga boleh menghubungi mana-mana wakil yang dilantik oleh YAMCT.
***Dr Hj Suhazeli Abdullah ialah Pengerusi YAMCT






























