Lima orang anggota rombongan Misi Korban ke Mindanao Filipina pada tahun ini terpaksa melalui kawasan konflik yang masih bergolak, bagi menyempurnakan hasrat dan amanah daripada rakyat Terngganu dan Malaysia amnya.


Katanya, secara asas, beliau telah melaksanakan program korban pada tahun ini bagi kali yang ketiga belas.
“(kita) bertemu dengan penduduk tempatan dan menyempurnakan ibadah korban yang telah diamanahkan oleh rakan-rakan kita, tahun ini pada asasnya kita masuk tahun ke 13 kita melakukan ibadah korban di sini, (dengan penglibatan) beberapa NGO yang aktif misalnya Muslim Care dan Yayasan Amal Terengganu,
“untuk tahun ini kita berjaya menghantar 24 ekor lembu dan 17 ekor kambing untuk korban yang diagihkan kepada sembilan lokasi di Mindanao antaranya, kawasan Kota Batu, Bandaraya Marawi, Basilan, Zamboaga, Iligan City, Tawi-tawi dan Palawan,”ujarnya
Beliau berkata demikian kepada aktivis media KAMI Zam Zam Zakaria, yang turut menyertai Misi Korban 2014 ke Minadanao.
Lokasi yang menjadi tumpuan itu, kata beliau, adalah merupakan kawasan separa muslim dan Kristian.
“(Ia) menggambarkan senario masyarakat di kawasan sini yang mana kefahaman Islamnya agak masih belum baik dan menunjukkan kepada perkembangan sokongan daripada para ulama’.
“Alhamdulillah pada kali ini, rombongan kami yang dianggotai oleh 5 orang, kami telah disambut oleh mufti yang dilantik oleh MILF, Sohibus Samahah ustaz Abu Hurairah Abdul Rahman,
http://youtu.be/J4_LTCfKEw0
“dan beliau telah mengagih-agihkan perjalanan program korban pada tahun ini ke beberapa lokasi yang beliau fikirkan perlu untuk disampaikan bahagian-bahagian tersebut,”jelasnya
Bagi tempat-tempat lain, ia di wakilkan kepada individu-individu yang telah dihubungi dan mempunyai hubungan, pada tahun-tahun sebelumnya.


“dan kawasan Kota Batu ini juga terdedah sebenarnya kepada pergolakan-pergolakan politik semasa yang memperlihatkan ketegangan yang berlaku dari masa ke semasa.
“(dan) perjalanan kita besok, saya difahamkan juga akan melalui kawasan konflik, walau macam mana pun, mereka memberi jaminan keselamatan dan iringan dari pihak polis dan keselamatan mereka di sini,”ujarnya ketika ditemui pada Jumaat 3 Oktober.
Beliau berharap, ibadah korban yang dilaksanakan akan diterima oleh Allah SWT dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada hubungan antara Mindanao dan NGO Malaysia serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong, bagi menjayakan Misi Korban di Mindanao pada kali ini.





























