Dunia pada hari ini hanya memandang sepi, membutakan mata menulikan telinga terhadap apa yang berlaku terhadap umat Islam di negara mereka. Tiada lagi laungan hak asasi manusia. PBB hanya selesa bermain catur di meja VIP. Malah, Tidak kedengaran langsung pekik lantang daripada kesatuan negara-negara Islam OIC.
Kuasa-kuasa ketenteraan pula yang kononnya mahu mententeram keadaan, hanya ghairah berzina sesama mereka atas hamparan empuk tilam umat Islam di seantero dunia. Negara-negara Arab? Mereka makin nyenyak didodoi Yahudi-Zionis berselimutkan helaian riyal dan dinar.
Tiada siapa lagi yang ingin membantu. Tiada lagi Alfateh dan kapal-kapal daratnya. Tiada lagi Muktasim yang sudi membela. Tiada lagi Umar yang lantang menghunus pedangnya. Dan tiada lagi susuk agung Rasulullah bersama kemuliaannya.
Sejak dari tahun 2014, langit Yaman menghujani peluru-peluru panas dan bumi mereka dibanjiri bah merah darah-darah saudara seagama akibat kezaliman tangan penguasa-penguasa luar yang berlumba-lumba beradu siapakah yang lebih hebat.


Yaman dan penduduknya sehingga sekarang terus dimangsakan oleh perancangan licik Yahudi-Zionis yang tidak senang dengan kebangkitan masyarakat tempatan dengan budaya ilmu serta kefahaman sebenar tentang Islam yang semakin meluas di sana.
Keadaan parah yang masih tidak menentu di bumi Yaman telah membuatkan kami di Yemen Care berasa terpanggil untuk ke sana lagi demi melunaskan tanggungjawab sesama muslim serta tanggungjawab keinsanan di negara yang dahulunya pernah kami dan sahabat-sahabat mengenal apa ertinya sebuah kedamaian.
Kami merayu kepada warga Malaysia untuk sama-sama menghulurkan bantuan serta rasa kebersamaan kita kepada mereka atas dasar ukhuwah Islamiah dan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh setiap insan. Walau sekecil mana pun bagi kita, ia sangat bernilai buat mereka.
Insya-Allah pada 20 Disember ini legasi Yemen Care akan berangkat ke bumi Yaman untuk misi kemanusiaan kali ke dua. Fokus kami kali ini ialah ke wilayah Taiz dan Hudaidah. Kami membuka ruang seluas-luasnya kepada masyarakat di Malaysia untuk turut menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Yemen Care.
Semoga kecaknaan kita di sini akan menjadi harta bernilai untuk dibawa ke akhirat kelak.
Sumbangan boleh di salurkan ke Akaun CIMB YEMENI CARE 8602269245.
*’Bangkit Beragama, Umat Terbela’*
#SaveYemen.
SAIFULLAH HASBU
Pengerusi
Yemen Care.
Berita Terkait;





























