Mini Karnival Tingkat Kepekaan Wanita

205

Oleh : Amiruddin

DUNGUN – Mini Karnival Wanita Sejahtera anjuran Muslimat PAS DUN Bukit Besi telah berjaya meningkatkan kepekaan dan kesedaran kepada golongan wanita kerajaan Negeri Terengganu amat prihatin kepada golongan mereka.

Pengarahnya, Zakiah Alias berkata, PAS adalah sebuah parti yang menitikberatkan perihal kebajikan dan kesejahteraan.

“Dengan adanya program sebegini, ianya berjaya mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat khususnya buat para wanita yang bergelar suri rumah mahupun yang bekerjaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika itemui emalan mengulas Majlis tersebut yang diadakan di Dataran Pyramid, Bukit Besi di sini pada 2 Jun.

Tambahnya lagi, program tersebut sudah kali kedua diadakan dimana sebelum ini program berkenaan diadakan di Balai Orang Ramai (Balora) AMBS.

“Insya Allah kita berhasrat untuk menjadikan program sebegini sebagai acara tahunan,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.

Antara pengisian menarik adalah Pertandingan Busana dalam majlis yang dirasmikan oleh Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, Zuraida Md Noor.