MILF Cadang Tubuh Parti Politik

1084
http://buletinonline.net/images/stories/aberita21/moro%20transition.jpg

Namun, menurut laman rasmi luwaran.com, ia adalah bergantung kepada kejayaan rundingan damai semasa, merangka dan meluluskan Undang-undang Asas oleh  Peralihan Suruhanjaya dan Kongres Filipina dan penubuhan kerajaan tetap Bangsamoro pada 2016.

Sehingga kini, MILF masih menjalankan perundingan secara besar-besaran di kalangan ahli-ahlinya dan orang ramai.

Walau bagaimanapun, keputusan masih belum dibuat samada MILF menukar dirinya menjadi sebuah parti politik atau menganjurkan sebuah parti politik yang berasingan.

Pucuk pimpinan MILF juga masih tidak sebulat suara kepada cara bagaimana untuk menerima pakai antara kedua-duanya, cadangan diatas.

Pihak yang menyokong, bersetuju untuk menubuhkan sebuah parti politik, dengan hujah bahawa MILF menunggu proses menyiapkan lampiran Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro (FAB) dan perjanjian damai komprehensif ditandatangani sebelum MILF terlibat secara serius dalam menubuhkan parti politik.

Secara rasmi, tidak ada keputusan lagi untuk menubuhkan parti politikekoran kepimpinan MILF memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti keseluruhan isu sebelum ia akan membuat keputusan.

Laman rasmi MILF tersebut menyatakan, antara sebab keperluan parti politik adalah kerana penyelesaian peringkat kini adalah melalui perundingan politik dan tidak ada keperluan untuk menegaskan aspirasi melalui ‘muncung’ senapang.

Selain, tidak ada jalan lain kepada MILF meneruskan perjuangan selepas perjanjian damai kecuali mengambil bahagian dalam pilihan raya bagi menubuhkan kerajaan dan melantik pemerintah.