MILF Beri Amaran; Apa Sahaja Boleh Berlaku Terhadap Perjanjian Damai

1007

Katanya kedua-dua pihak sukar bergerak dari situasi yang ditinggalkan pentadbiran Presiden Arroyo pada tahun 2010.

“Kedua-dua pihak sukar bergerak dari (apa yang dilaksanakan) pentadbiran Arroyo sebelumnya (yang) telah meninggalkan (pejabat) pada tahun 2010,” kata Haji Murad Ebrahim.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Himpunan Kepimpinan Moro yang berlangsung di pangkalan pentadbiran MILF di Darapanan, Sultan Kudarat di wilayah Maguindanao.

“Hari ini, ia melalui ujian yang sukar. Hampir, status (perdamaian) adalah meneruskan atau menyuraikan, “katanya yang menjelaskan sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam rundingan sedang dijalankan.

Beliau berkata, pihaknya telah meletakkan syarat paling minima dalam rundingan tersebut,  pemerintah Filipina kerajaan seharusnya menawarkan kompromi sekiranya mahu rundingan untuk bergerak ke hadapan.

Katanya, beliau tidak boleh menjamin tidak akan berlaku sebarang perubahan radikal kepada situasi keselamatan sekiranya rundingan gagal diteruskan.

“Apa yang boleg dicapai melalui rundingan ini, kita tidak tahu, kita hanya mengharapkan yang terbaik,” katanya.

Haji Murad berkata bahawa hasil perundingan tersebut sejak Presiden Benigno SC Aquino III mengambil alih jawatan hanyalah menandatangani  ‘10 Perkara Prinsip’ yang dipersetujui pada  April lepas.

Menurutnya, pusingan rundingan seterusnya adalah amat penting kerana pelbagai isu kontroversi akan dibincangkan, termasuk peta jalan, perkongsian kuasa, perkongsian kekayaan, skop wilayah, normalisasi dan undang-undang asas.

[Gambar kanan – askar Bangsamoro berkawal sepanjaang jalan menuju ke tapak Himpunan Kepimpinan Bangsamoro]

Ditanya samada peluang memeterai perjanjian damai dapat dicapai sebelum akhir tahun ini, Haji Murad berkata, menetapkan tempoh masa adalah tidak praktikal tetapi sebaliknya menyatakan bahawa perundingan akan diteruskan.

Beliau turut menegaskan bahawa perjanjian damai yang dicadangkan memerlukan perubahan kepada Perlembagaan Filipina.

Beliau menolak sebarang cadangan sebarang pilihanraya bagi wilayah autonomi Mondanao sebagaimana yang dicadangkan oleh pemerintah Filipina.

Haji Murad mengulangi penegasannya, bahawa MILF tidak ada kena-mengena dengan Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM).

Beliau mengingatkan pemerintah Filipina, MILF sebelum ini mencadangkan tempoh peralihan enam tahun tetapi Filipina telah menolak tawaran itu dan sebaliknya mencadangkan perubahan tiga tahun.

Himpunan Pimpinan Bangsamoro

Sementara itu, beribu-ribu orang ahli  dan penyokong MLF telah hadir dalam Himpunan Pimpinan Bangsamoro yang diadakan di Kem Darapan,  Sultan Kudarat di wilayah Maguindanao, Selatan Filipina, 22 kilometer dari bandaraya Cotabato.

Perhimpunan selama empat hari itu bermula pada Jumaat 6 Julai hingga Isnin 9 Julai telah dihadiri oleh pemimpin Moro dari seluruh Mindanao termasuk wilayah pulau Palawan, Sulu, Basilan dan Tawi-Tawi.

Turut hadir ialah wakil-wakil daripada negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Pejabat Penolong Presiden Pendamai proses (OPAPP), ahli-ahli Kongres, Eksekutif Kerajaan Tempatan, NGO pelbagai Antarabangsa dan tempatan, s, pertubuhan-pertubuhan Rakyat dan pihak lain yang berkepentingan proses damai.

Perhimpunan tersebut bertujuan untuk menghebahkan kepada rakyat umum mengenai status proses damai dan mengumpul maklum balas dan reaksi rakyat terhadap inisiatif damai.

Selainitu, himpunan tersebut menjana kata sepakat di kalangan Bangsamoro pada arah proses damai dan menyatukan semua kumpulan Moro tanpa mengira fahaman bagi tujuan mencapai keamanan berkekalan di Mindanao.