Mesir ‘Banjiri’ Terowong Gaza Dengan Air Atas Permintaan Israel

1125

Pemusanahan besar-besaran rangkaian terowong yang menjadi pintu masuk keperluan utama kehidupan penduduk Gaza, adalah atas kerjasama antara kedua-dua rejim Israel dan Mesir.

Menteri Infrastruktur rejim Israel Yuval Steinitz telah berkata dan mengesahkan, dasar baru Mesir memusnahkan terowong antara Gaza dan Semenanjung Sinai adalah dilakukan atas permintaan Israel.

“Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi membanjiri terowong di sempadan negara itu dengan Semenanjung Gaza dengan air laut berdasarkan permintaan oleh Israel,” kata Steinitz pada seminar yang diadakan Sabtu di bandar selatan Beer Sheva, menurut Israel Radio.

201442013345950580_20“Penyelarasan keselamatan di antara kedua-dua negara [Israel dan Mesir] lebih baik berbanding sebelum ini,” kata Stenitz lagi pada seminar itu, di mana para peserta membincangkan hubungan antara kedua-dua negara.

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tentera Mesir telah mula membanjiri rangkaian terowong merentas sempadan yang menghubungkan Mesir Sinai Peninsula ke Semenanjung Gaza dengan air laut.

Jalan masuk untuk membawa barangan ke Gaza telah disekat selama bertahun-tahun oleh Israel dan Mesir, menyebabkan Hamas membina terowong bagi mendapat bekalan makanan dan lain-lain keperluan.

Hampir kesemua komiditi yang sangat diperlukan oleh Semenanjung Gaza telah datang dari dan bergantung kepada rangkaian terowong, termasuk makanan, bahan api dan perubatan.

Steinitz adalah individu yang amat rapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan merupakan ahli kabinet keselamatan berpengaruh bagi hubungan antara Mesir dan Israel.