Menyemai Benih Kemenangan Di Sarawak

980

Oleh : Azizah Mahmood

KUCHING – Bagi PAS sebagai sebuah gerakan Islam, perjuangan dakwah menyeru manusia kepada ‘makruf’, menegakkan agama Allah dan mencegah kemungkaran, tiada batas sempadan dan waktu.

Dalam kontek itu, PAS negeri Terengganu mengambil pendekatan melebarkan usahanya, membantu PAS negeri Sarawak dalam usaha siyasah.

IMG_20151022_151352Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, hasrat pencinta Islam di bumi Kenyalang untuk melahirkan ‘anak sulong’ seorang wakil rakyat yang membawa suara Islam ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, diteruskan.

“kita memberi fokus di DUN Sadong Jaya yang terletak dalam Parlimen Batang Sadong . Pengundi di sini seramai 8636 orang memerlukan sentuhan untuk kita sasarkan sebagai DUN yang berpotensi menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,”katanya

Wan Sukairi berkata, dengan usaha berterusan dari petugas negeri, in sha Allah, ia akan dapat meningkatkan undi dan seterusnya memberi kemenangan kepada calon PAS yang akan bertanding.

“kita berusaha…..Allah yang menentukan…….harapan dan doa kita (agar) pengundi Sadong Jaya akan memilih PAS dalam pilihanraya akan datang,

IMG_20151022_174255“Kita mahu menginfaqkan betul-betul tenaga negeri pembantu dari Terengganu untuk kita melahirkan ‘putera sulong’ PAS di DUN Sarawak,”ujar Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, PAS kawasan Batang Sadong mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan usaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, sejak dahulu sehingga sekarang.

Yang DiPertuanya Haji Hassan Sangkro berkata aktivis PAS kawasan itu sentiasa istiqamah, akan meneruskan usaha dakwah dan kempen sehingga mendapat kejayaan dan kemenangan.

“PAS Sadong Jaya akan terus berusaha sehingga beroleh kemenangan…….in sha Allah dengan bantuan dari kawan-kawan dari Terengganu,

“pengundi perlu sedikit lonjakan dan usaha akan dibuat berterusan sehingga masa terakhir sebelum menjelang pilihanraya,”ujarnya.

IMG_20151022_174343Sementara itu, Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu Al-Ghazali Abu Bakar berkata, antara pr0gram yang dirangka dan akan dilaksanakan dalam masa lima hari keunjungan petugas Terengganu adalah ziarah kebajikan penduduk yang melibattkan 35 buah rumah.

“kita in saha Allah akan mengadakan ziarah kebajikan sebanyak 35 buah rumah, demo masakan terengganu iaitunasi dagang dan nasi minyak, ziarah kepimpinan setempat,

“Kuliah awal muharam oleh Ustaz wan sukairi, bengkel gerak kerja, selain Program dalaman seperti usrah dan motivasi para petugas tempatan,”ujarnya.

Seramai 10 orang petugas dari PAS negeri Terengganu, kata beliau, khususnya dari Kawasan Kuala Terengganu, merupakan petugas ‘gelombang ke lima’, yang melaksana pelbagai usaha bermula 21hb sehingga 25hb Oktober.