Kekalahan 0 – 1 di tangan Negeri Sembilan malam tadi menjadi kemuncak kepada rasa kecewa dan marah penyokong bolasepak Terengganu. Susulan kemerosotan prestasi skuad Terengganu ini, kami mendesak barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu ( PBSNT ) meletakkan jawatan.
2. Tiada sudah rasa bangga dan hormat. Kamu semua amat mengecewakan. Pengurusan PBSNT perlu dirombak segera. Presiden PBSNT perlu bertanggungjawab. Dengan kekalahan terbaru ini juga, PBSNT perlulah benar-benar mengamalkan sikap profesionalisma dalam pengurusan PBSNT. Rombakan tampuk kepimpinan PBSNT adalah satu perkara yang sangat ditunggu sekira ianya diuruskan secara profesional dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Kami berpandangan, kesemua Presiden dan Exco PBSNT amat perlu untuk digantikan. Apatah lagi ramai lagi dikalangan anak Terengganu lebih mempunyai keupayaan serta berpengetahuan luas dalam bidang sukan bolasepak.
3. Siapa yang tidak sayangkan bola sepak Terengganu? Namun, malangnya dengan prestasi pasukan yang menjunam serta pengurusan bolasepak yang tidak mencapai tahap sepatutnya, penyokong berasa amat kecewa kerana mereka sudah banyak berkorban dari segi wang ringgit dan tenaga bagi menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi ini.
4. Kami juga melihat perletakkan jawatan Presiden serta Exco-exco PBSNT adalah suatu yang sangat wajar dan dinanti-nanti oleh seluruh peminat bolasepak Terengganu. Biarpun ia sukar diluahkan oleh faktor yang tertentu. Dari maklum balas penyokong dan pemerhati bola sepak, desakan perletakan jawatan Presiden dan exco-exco PBSNT amatlah dialu-alukan. Oleh sebab itu kami sangat memuji gerakan yang dilakukan oleh segelintir anak muda melalui “ROMBAK”. Ini bukan sahaja satu simbol keberanian anak muda malah, ianya menzahirkan sokongan berterusan bagi transformasi bola sepak Terengganu.
5. Pokok pangkalnya kini, apakah barisan kepimpinan PBSNT sudah bersedia mengorbankan jawatan mereka untuk memberi laluan kepada muka baru yang lebih segar dan mempunyai lebih banyak idea untuk memulihkan bola sepak Terengganu? Kami tunggu.
Sekian, Terima Kasih.
“Bertekad Melebar Muafakat”
“Inilah Penyelesaian Kita”
Yang benar,
Ahmad Zulkaramie Salleh
Pengarah
DACS Terengganu.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PRESS RELEASE
Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu
10th Aug 2016 | 7 Zulkaedah 1437H
WAITING FOR THE NEW HOPE OF TERENGGANU’S FOOTBALL
1. The defeat 0-1 to Negeri Sembilan team last night has caused the uttermost frustration to Terengganu football fans. Following the series of poor performance of Terengganu football team, we urge the leaders of Terengganu Football Association ( PBSNT ) to step down.
2. There is no more pride and respect but disappointment. PBSNT management needs to be revamped immediately. PBSNT president must be accountable with the series of defeat and should act professionally in managing this issue. Changes to the leadership of PBSNT can be a very positive thing if it is managed professionally with the spirit of sportsmanship.
In our opinion, the President and the executive council members need to be substituted. And we believe, the locals have many talented leaders who are knowledgeable in managing the football club.
3. We believe the supporters have very fond feelings to Terengganu squad. Unfortunately, with the team’s performance plummeted and the management of football that does not reach the level it should be, supporters feel very disappointed because they had to sacrifice a lot in terms of money and energy to express unequivocal support for this.
4. Certainly the resignation of the President and Exco of PBSNT is a highly anticipated and supported by all football fans Terengganu although it is difficult to be expressed by a certain factor. Feedback from fans, the resignation of the President and the executive council members of PBSNT is a must. Thus we commend the motion made by youngsters through the *”ROMBAK”*and it is a symbol of the courage of young people.
5. Unquestionably, PBSNT leadership should be willing to sacrifice their posts to make way for new faces that have more ideas to revive the Terengganu’s football.
Thank you.
“Determined To Widen Cooperation”
“This Is Our Solution”
Your Sincerely,
Ahmad Zulkaramie Salleh
Director
DACS Terengganu






























