Menteri Luar Ghaddafi berpaling tadah ke Britain

622

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/03/kousa%20musa.jpgKementerian luar Britain mengesahkan, Menteri Luar Libya, Koussa Moussa (gambar kanan), telah meletakkan jawatannya dan berpaling tadah  ke United Kingdon.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian itu mengatakan, Koussa tiba di Lapangan Terbang Farnborough, di selatan England, dengan sebuah penerbangan dari Tunisia pada hari Rabu.

“Beliau melakukan perjalanan ke sini secara sukarela dengan kehendaknya sendiri. Beliau telah memberitahu bahawa, beliau mengundurkan diri dari jawatannya .. Kami telah membincangkan hal ini dengan dia dan kami akan mengeluarkan butiran lebih lanjut pada waktunya,”menurut kenyataan itu.

“Kami menggalakkan orang di sekitar Gaddafi untuk meninggalkannya dan merangkul masa depan yang lebih baik untuk Libya yang membolehkan peralihan politik dan reformasi yang sesungguhnya yang memenuhi aspirasi rakyat Libya.”menurut kenyataan itu lagi

Kenyataan tersebut menambah bahawa Koussa adalah salah seorang pimpinan paling kanan dalam kerajaan Gaddafi yang berperanan mewakili Libya di peringkat antarabangsa, tidak lagi sanggup menurut arahan Ghaddafi. lagi

Agensi berita Tunisia, TAP melaporkan Koussa telah menyeberang ke Tunisia dari Libya pada hari Isnin – AJE