Menjelang Pengundian Esok; Pemuda PAS Diminta Berjaga-jaga

1344

KUALA KANGSAR – Para pemuda PAS dminta melakukan rondaan ke seluruh kawasan daerah mengundi dan diminta berjaga-jaga sepanjang malam menjelang hari pembuagan undi esok.

Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) PAS Perak Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, para pemuda juga diminta mengawasi semua poster dan syiar PAS supaya tidak diganggu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Screenshot (565)“saya harap semua pemuda dapat melakukan rondaan pada malam ini di seluruh peti undi papaya dapat berjaga-jaga dan memastikan,

“semua bendera dan poster-poster calon kita dapat dipelihara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar anjuran Unit Peti Undi (UPU) Bekor ketika mengiringi calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad yang melawat peti undi tersebut.

Turut sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Kontinjen Negeri 20160617_192723Pembantu Terengganu Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu YB Dr. Alias Razak dan Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang.

Sementara itu, seorang lagi TPJ Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki menyeru agar seluruh jentera dan para petugas PAS, bermunajat dan berdoa agar para pengundi Kuala Kangsar diberikan petunjuk oleh Allah dan hanya melhat ‘bulan penuh’ semasa membuang undi.

“kita harap semua petugas bermunajat memohon doa daripada Allah dan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh almarhum Tok Guru Nuk Aziz supaya bila mengundi hanya nampak simbol bulan sahaja,”katanya.