Menjelang 2016; Kerajaan Perlu Serius Tangani Kenaikan Sara Hidup Rakyat

1281

PAS kesal dengan kenyataan-kenyataan ‘sambil lewa’ yang dikeluarkan pihak kerajaan, termasuk Menteri Kabinet, sebagai sebahagian dari respons terhadap isu-isu penderitaan rakyat yang berbangkit sepanjang tahun ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat pandangan yang dikemukakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan, tidak sesuai untuk diutarakan bagi merujuk kepada kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan rakyat ketika ini.

“Ia sesuatu yang ironi apabila kerajaan menggalakkan rakyatnya bekerja lebih masa sedangkan kenaikan kos sara hidup mampu ditangani jika kerajaan sendiri ‘bekerja lebih masa’ untuk mengurangkan bebannya kepada rakyat.

nik abduh aziz“Asas permasalahannya adalah mengenai kenaikan gaji yang tidak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup hari ini dan polisi-polisi ‘separuh masak’ (half-baked policies) daripada kerajaan terutamanya mengenai perlaksanaan cukai GST dan kenaikan-kenaikan kos tambang dan sebagainya yang menyumbang kepada kenaikan harga barang dan kos sara hidup secara keseluruhannya,”jelas Ketua Pemuda PAS Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.

Menurutnya, di negara Sweden, langkah proaktif telah diambil dengan mengurangkan waktu bekerja kepada enam jam sehari.

Katanya, selain memberi fokus yang lebih dalam menyiapkan tugasan kerja, waktu yang tersedia dapat diberikan kepada aktiviti sosial yang lain dan ini dapat memberikan satu gaya hidup yang lebih sihat kepada rakyat di sana.

“Ironinya, ia tidak berlaku di Malaysia. Para pekerja terpaksa keluar di awal pagi mengelakkan kesesakan kemudian balik di lewat petang kerana jadual bekerja termasuk kesesakan yang teruk dan cadangan tambahan kerja pula dilakukan pada waktu malam.

“Adakah ini suatu yang rasional diutarakan oleh kerajaan walaupun hakikatnya inilah keperitan yang sedang dihadapi rakyat saban hari bagi mencari rezeki?,”soal Ahli Parlimen Pasir Mas itu, dalam satu kenyataan.

kossarahidupLebih membimbangkan, kata beliau, adalah kesan negatif terhadap sosio-ekonomi yang akan berlaku jika kedudukan ekonomi kekeluargaan ini tidak ditangani dengan baik seperti peningkatan kadar jenyah harta benda, kurangnya perhatian terhadap pendidikan dan kehidupan sosial anak-anak.

“Ini akan menjuruskan negara kepada masalah yang lebih besar iaitu masalah gejala sosial yang melibatkan aspek akhlak dan moral masyarakat,”tambah beliau.

Justeru itu, beliau menegaskan supaya kerajaan memberi perhatian yang mendalam terhadap masalah rakyat disamping membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin parah ketika ini.

“Kami juga menyarankan kerajaan supaya terlebih dahulu melakukan #2Kerja iaitu melaksanakan tugas sebagai kerajaan dengan penuh amanah dan menyelesaikan masalah kos sara hidup sebelum memberi saranan tersebut #2Kerja kepada rakyat,”ujar beliau lagi