Mengukuhkan Kerjasama Politik Gagasan Sejahtera

920

Pada hari ini, Isnin 26 Ogos 2019, telah berlangsung Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera di Putrajaya.

2. Mesyuarat telah bersetuju untuk mengambil beberapa ketetapan seperti berikut:

a. Mengukuhkan kerjasama politik di kalangan parti komponen Gagasan Sejahtera dalam aspek visi, misi dan organisasi;

b. Menumpukan kepada agenda untuk menyelamatkan negara bermasyarakat majmuk dan menyelesaikan masalah rakyat dengan penglibatan semua pihak;

c. Menumpukan kepada usaha untuk menarik sokongan anak muda dan segenap lapisan masyarakat terhadap visi yang diperjuangkan oleh Gagasan Sejahtera; dan

d. Menerima kerjasama politik penyatuan ummah di antara PAS dan Umno di atas kerangka Taawun Siyasi.

YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Pengerusi Gagasan Sejahtera

Bertarikh: 25 Zulhijjah 1440 / 26 Ogos 2019