Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Pihak yang mempertikai Kempen ‘Buy Muslim First (BMF)’ diselar kerana cuba menimbulkan suasana tegang di dalam masyarakat Malaysia, yang harmoni.
Ketua Muslimat Terengganu, To’ Puan Hajah Zarani Othman yang kesal dengan tindakan tersebut berkata, ianya menimbulkan salah faham terhadap kempen tersebut.
“Kita bukan boikot tetapi kita guna slogan ‘Buy Muslim First’ yang mengutamakan beli barang muslim dahulu,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah Isu-Isu Semasa di Markas PAS Cacar, Paka di sini pada Jumat 20 September.
Zarani yang juga Ketua Muslimat Marang mengingatkan, selayaknya sebagai seorang ‘muslim’ menggunakan barangan terutamaya makanan yang diyakini halal untuk menjaga hati dan iman.
“Untuk menjaga hubungan kita dengan Allah, ianya boleh merosakkan hubungan kita dengan Allah, boleh merosakkan pengorbanan perjuangan kita untuk berjuang Islam, boleh melumpuhkan hati kita,” jelasmya.
Katanya lagi, ‘halalan toyyiba’ sebagaimana suruhan agama, mewajibkan orang Islam menggunakan produk yang bersih lagi suci, yang menjadi syarat utama kempen tersebut.
“Kalau ada barang muslim, kita “buy muslim first” kalau tidak ada produk muslim, barulah kita beli, yang kita nampak suci dan ada tanda halal,” ujar beliau kepada muslimat yang hadir.
Ceramah peringkat Dewan Undangan Negeri(DUN) Paka itu adalah anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru, Muslimat PAS Kawasan Dungun diadakan mengikut DUN-DUN turut dihadiri Ketua Muslimat Dungun, Khairiah Mokti.











